UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)


NAMA PENUH IPTA / POLITEKNIK PREMIER
:
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)
ALAMAT
:
PENGARAH
BAHAGIAN PENGAMBILAN PELAJAR
BANGUNAN UITM INTERNATIONAL CENTER (UIC)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450
 SHAH ALAM
SELANGOR
NO. TELEFON
:
Talian 1 : +6 03-55443164
Talian 2 : +6 03-55443166
Talian 3 : +6 03-55443174
Talian 4 : +6 03-55443175
NO. FAKS
:
+6 0355443170
E-MEL
:
[email protected]
LAMAN WEB
:
http://www.uitm.edu.my



PENGENALAN

LATAR BELAKANG

Universiti Teknologi MARA bermula daripada tahun 1956 dengan penubuhan Dewan Latihan RIDA (Rural Industrial Development Authority), sebuah pusat percubaan untuk menyediakan kursus persediaan bagi belia luar bandar yang berpendidikan Inggeris.

Matlamat penubuhan Dewan Latihan RIDA adalah untuk membina semula kehidupan masyarakat desa dan meningkatkan taraf ekonomi mereka. Pengambilan pelajar pertama seramai 25 orang bagi kursus London Chamber of Commerce dan kursus untuk peniaga-peniaga kecil. Pada tahun 1965 Dewan Latihan RIDA bertukar nama kepada Maktab MARA (Majlis Amanah Rakyat) hasil dari Kongres Ekonomi Bumiputera yang diadakan di Kuala Lumpur dari 5 hingga 7 Jun 1965.

Pada tahun 1970 Maktab MARA bertukar nama kepada Institut Teknologi MARA (ITM). ITM diberi autonomi penuh dan tidak lagi diletakkan di bawah Bahagian Latihan MARA. Ia diletakkan terus di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.

Pada tahun 1996, Akta ITM dipinda bagi membolehkan ITM berfungsi sebagai universiti tempatan awam dan membolehkan institut melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan, mengadakan kursus secara francais dan menubuhkan cawangan di seberang laut.

Tanggal 26 Ogos 1999 meletakkan nama baru Institut kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) setelah pengisytiharan dibuat oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, sewaktu perasmian Perhimpunan Siswazah ITM.

Kini UiTM menawarkan sejumlah 122 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di pelbagai fakultinya. Pengambilan pelajar bagi kebanyakan program peringkat diploma dibuat dua (2) kali setahun. Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan meliputi pelbagai bidang seperti perubatan, pergigian, perakaunan, undang-undang, pengurusan, pentadbiran, sains komputer, pentadbiran perniagaan, muzik, perhotelan, kejuruteraan, seni bina dan lain-lain. Fakulti tersebut ialah:

  1. Fakulti Perubatan
  2. Fakulti Pergigian  
  3. Fakulti Farmasi          
  4. Fakulti Perakaunan
  5. Fakulti Undang-Undang
  6. Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
  7. Fakulti Sains Gunaan
  8. Fakulti Perladangan dan Agroteknologi
  9. Fakulti Pengurusan Perniagaan
  10. Fakulti Sains Komputer dan Matematik
  11. Fakulti Kejuruteraan Awam
  12. Fakulti Kejuruteraan Elektrik
  13. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
  14. Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan
  15. Fakulti Pengajian Maklumat
  16. Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik
  17. Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media
  18. Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka
  19. Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
  20. Fakulti Sains Kesihatan
  21. Fakulti Pendidikan
  22. Fakulti Kejuruteraan Kimia
  23. Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi
  24. Fakulti Muzik
  25. Akademi Pengajian Bahasa

VISI UiTM

Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

MISI UiTM

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

JANGKA MASA PROGRAM

Jangka masa program peringkat Ijazah Sarjana Muda ialah enam (6) hingga lapan (8) semester.  Satu (1) semester bersamaan enam ( 6 ) bulan.

PENGAMBILAN PELAJAR

Pengambilan pelajar dibuat dua (2) kali dalam setahun, iaitu pengambilan bagi sesi Julai dan Disember. Untuk sesi pengambilan Julai, pemohon dikehendaki memajukan permohonan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar , Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia(KPTM) dan sesi pengambilan Disember pula dikendalikan sepenuhnya oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui http://online.uitm.edu.my dalam tempoh ditetapkan.  Iklan pengambilan disiarkan oleh KPTM dalam akhbar tempatan pada awal Januari bagi kemasukan sesi Julai dan oleh UiTM pada bulan Julai/Ogos bagi kemasukan sesi Disember.

KEPERLUAN AKADEMIK

Pelajar mestilah mendaftar kursus keperluan Universiti, fakulti dan program di dalam tempoh dua (2) minggu selepas semester bermula. Seseorang pelajar dikehendaki mengambil dan lulus semua mata pelajaran keperluan Universiti, fakulti dan program yang telah ditetapkan sebelum dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda .

PANDUAN MEMILIH PROGRAM

Pemohon dinasihatkan agar membaca peraturan dan syarat kelayakan kemasukan dan memilih program yang sesuai dengan kelayakan pemohon untuk mengelak dari bersaing dengan pemohon yang mempunyai kelayakan yang lebih baik.

PANDUAN MEMILIH PROGRAM SEBAGAI PROGRAM PILIHAN:

Pastikan hanya memilih program yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan sahaja.
  • Menyenaraikan pilihan program mengikut keutamaan.
  • Mendapatkan maklumat program yang hendak dipohon dengan membaca syarat-syarat khas program tersebut.
  • Sekiranya perlu boleh mendapatkan khidmat nasihat dan penerangan dari Fakulti yang berkenaan, kaunselor atau kampus cawangan UiTM yang berhampiran.

PENYATAAN KHAS:

PEMILIHAN CALON BERDASARKAN SISTEM MERITOKRASI.
  • Tidak semua calon yang layak itu berjaya ditawarkan kerana bilangan tempat yang disediakan adalah terhad.
  • Tidak semua yang berjaya itu ditawarkan program pilihan kerana persaingan program yang dipohon.

PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN

Salinan borang permohonan serta salinan  sijil-sijil TIDAK PERLU dihantar ke Universiti Teknologi Mara, KECUALI bagi  pelajar dari IPT lain samada Awam atau Swasta dan juga pemohon yang memiliki kelayakan setara seperti GCE/A Level dan salinan sijil serta transkrip hendakllah sampai ke Bahagian Pengambilan Pelajar tujuh (7) hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan.

MENCETAK SURAT  TAWARAN

Calon yang berjaya digalakkan mencetak surat tawaran serta bil bayaran di dalam laman web http://www.uitm.edu.my/kemasukan/tawaranbagi tujuan pendaftaran dan pembayaran yuran di mana-mana Cawangan Bank Islam.

YURAN PENGAJIAN

Yuran yang  dikenakan ke atas setiap pelajar mengikut kadar satu semester adalah RM 200.

KEMUDAHAN KOLEJ KEDIAMAN

Pada dasarnya bagi semua pelajar lepasan STPM dan Matrikulasi adalah disediakan kolej kediaman.

KAMPUS PENGAJIAN

Pemohon yang berjaya akan mengikuti pengajian di mana-mana kampus Universiti Teknologi MARA, di seluruh  negara bergantung kepada program pengajian yang dijalankan.

KAMPUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) 

BIL.       NAMA KAMPUS                                                         NO. TELEFON
1.          UiTM Shah Alam
             Selangor Darul Ehsan                                                  03-55442000
          2.          UiTM Cawangan Sabah
                       Kota Kinabalu                                                             088-325151
          3.          UiTM Cawangan Kelantan
                       Machang                                                                    09-9762000
          4.          UiTM Cawangan Sarawak
                       Samarahan                                                                082-672153
          5.          UiTM Cawangan Perlis
                       Arau                                                                          04-9861001
          6.          UiTM Cawangan Terengganu
                       Dungun                                                                      09-8400400
          7.          UiTM Cawangan Johor
                       Segamat                                                                    07-9352000
          8.          UiTM Cawangan Pahang
                       Jengka                                                                       09-4602000
          9.          UiTM Cawangan Melaka
                       Alor Gajah                                                                  06-5582000
          10.        UiTM Cawangan Perak
                       Sri Iskandar                                                               05-3742000
          11.        UiTM Cawangan Kedah
                       Sungai Petani                                                             04-4562000
          12.         UiTM Cawangan Pulau Pinang
                       Bukit Mertajam                                                           04-8322888
          13.         UiTM Cawangan Negeri Sembilan
                       Kuala Pilah                                                                 06-4821200
          14.         UiTM Kampus Puncak Perdana                                     03-79622000

KETERANGAN LANJUT

Keterangan lanjut mengenai syarat kemasukan dan program yang dijalankan boleh diperolehi di kampus-kampus seperti yang tercatat atau di fakulti berkaitan atau di alamat seperti berikut:

Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Bangunan UiTM International Centre (UIC)
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN

No. Tel: 03-55443164/3165/3166/3175/3174
No. Faks : 03-55443170
emel: [email protected]
Laman web: http://pengambilan.uitm.edu.my
Comments