LATAR BELAKANG
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang ditubuhkan pada 24 Ogos 2005 adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang kelapan belas. Penubuhan universiti ini adalah mengikut konsep universiti yang mempunyai kolej-kolej bersekutu di bawahnya. Sebagai permulaan UniSZA akan mempunyai 3 kampus yang mempunyai niche yang tersendiri :
i) Kampus Gong Badak akan memfokuskan kepada usaha pengajaran dan penyelidikan ilmu-ilmu Islam yang diharmonikan dengan ilmu-ilmu profesional.
ii) Kampus Besut akan dibangunkan dengan niche dalam bidang pertanian dan industri asas tani seperti agro bioteknologi.
iii) Kampus Kota (Kuala Terengganu) akan dijadikan Kolej Perubatan dan Sains Kesihatan Bersekutu.
UniSZA akan memberikan tumpuan kepada aktiviti pengajaran sebagai permulaan dan pada masa yang sama menggerakkan aktiviti penyelidikan bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk membanyakkan lagi pusat kecemerlangan penyelidikan. Usaha pengantarabangsaan UniSZA akan bermula seawal mungkin dengan menawarkan peluang pendidikan tinggi kepada pelajar serantau dan menggalakkan kehadiran penyelidik dan pengajar asing.
PENGENDALIAN KURSUS
Kursus yang dijalankan di UniSZA adalah secara aplikasi dan amalan di mana lebih kurang 70% dari masa pertemuan pelajar akan melibatkan diri dalam menjalani ujikaji makmal, pembelajaran berbantukan komputer, melaksanakan tugasan, kerja bengkel, latihan industri dan membuat satu projek tahun akhir yang berlandaskan penyelesaian masalah industri.
VISI
UniSZA berhasrat untuk menjadi institusi pengajian tinggi berwajah antarabangsa yang melahirkan dan membentuk pemimpin yang berbakat dan pemikirannya diasuh, diperkaya dengan ilmu, budaya tinggi dan akhlak yang luhur.
MISI
UniSZA akan menonjol dan mengasah bakat bakal pemimpin dalam pelbagai bidang menerusi usaha merekayasa ilmu, menggalakkan ketelusan dan keterbukaan, menanam sikap pertanggungjawaban dan menghargai pelbagaikan untuk manfaat manusia.
FAKULTI
Program-program yang ditawarkan dikendalikan oleh 9 buah fakulti yang terletak di Kampus Gong Badak, dan Kampus Kota di Kuala Terengganu, Terengganu.
Fakulti tersebut ialah :
- Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
- Fakulti Pengajian Pengurusan Perniagaan & Perakaunan
- Fakulti Pertanian dan Bioteknologi
- Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi
- Fakulti Informatik
-
Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan
-
Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa
-
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
- Fakulti Teknologi Makanan
SISTEM PENGAJIAN
UniSZA melaksanakan sistem pengajian berpandukan sistem semester. Tahun akademik dibahagikan kepada dua semester lazim iaitu Semester I dan Semester II. Di samping dua semester lazim ini, terdapat satu semester pendek iaitu semester III (Semester Khas) yang diadakan dalam masa cuti akhir tahun akademik.
KEMASUKAN PELAJAR
Kemasukan pelajar bagi program Ijazah Sarjana Muda adalah terbuka kepada lulusan STPM, Matrikulasi dan Diploma/Sijil yang berkaitan daripada IPTA/Politeknik atau setaraf.
Kemasukan bagi program Diploma adalah terbuka kepada lulusan SPM/SPVM aliran sains/sastera dan Sijil Politeknik atau setaraf. Pengambilan pelajar UniSZA adalah satu kali setahun iaitu pada Sesi September setiap tahun.
PROGRAM YANG DITAWARKAN
BIL
|
KOD
|
PROGRAM
|
TEMPOH PENGAJIAN (SEMESTER)
|
1.
|
DI01
|
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin) dengan Kepujian
|
7 semester
|
2.
|
DI02
|
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) dengan Kepujian
|
7 semester
|
3.
|
DI07
|
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah) dengan Kepujian
|
7 semester
|
4.
|
DC10
|
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) dengan Kepujian
|
8 semester
|
5.
|
DA14
|
Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) dengan Kepujian
|
8 semester
|
6.
|
DS55
|
Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Pertanian dengan Kepujian
|
8 semester
|
7.
|
DL00
|
Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian
|
8 semester
|
8.
|
DE23
|
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) dengan Kepujian
|
8 semester
|
9.
|
DE02
|
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
|
8 semester
|
10.
|
DY01
|
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan dengan Kepujian
|
8 semester
|
11.
|
DI13
|
Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Kaunseling dengan Kepujian
|
7 semester
|
12.
|
DB00
|
Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Kepujian
|
8 semester
|
13.
|
DP36
|
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Risiko & Takaful) dengan Kepujian
|
8 semester
|
14.
|
DH12
|
Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Perindustrian dengan Kepujian
|
7 semester
|
15.
|
DG47
|
Ijazah Sarjana Muda Produksi & Kesihatan Haiwan dengan Kepujian
|
8 semester
|
16.
|
DM00
|
Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan
|
10 semester
|
17.
|
DM05
|
Ijazah Sarjana Muda Dietetik dengan Kepujian
|
8 semester
|
KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN
Seperti mana lazimnya kemudahan yang disediakan oleh sesebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang lain, UniSZA juga menyediakan kemudahan-kemudahan seperti Perpustakaan, Bengkel dan Makmal Komputer selaras dengan imej sebuah IPTA yang berasaskan aplikasi dan amalan, ruang kuliah yang selesa, perkhidmatan pelajar dan koperasi, pengangkutan, penginapan asrama dan kolej kediaman yang kondusif, perkhidmatan kaunseling dan kerjaya, kafetaria dan lain-lain. Kemudahan pelajar seperti mesin ATM dalam kampus.
KETERANGAN BIASISWA DAN PINJAMAN PENGAJIAN
Pelajar dibenarkan memohon biasiswa/dermasiswa/pinjaman atau lain-lain bantuan kewangan dari badan-badan penganjur yang layak dipohon. Syarat dan peraturan penajaan dan pinjaman adalah tertakluk kepada pihak yang berkenaan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai UniSZA, sila hubungi :
Timbalan Pendaftar Kanan
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Terengganu
TERENGGANU DARUL IMAN
No. Tel:09-6653030/3027
No. Faks: 09-6664063
Laman web: www.unisza.edu.my
|