1. PENGENALAN
Universiti Sains Malaysia (USM) ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1969, merupakan salah satu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang kedua tertua di Malaysia. Pada tahun 1971, Kampus Induk USM telah didirikan di Bukit Minden, lebih kurang 10km dari Bandaraya Georgetown. Suasana kampus yang nyaman dan harmoni ini menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran.
Kini USM mempunyai tiga (3) kampus cawangan: Kampus Kejuruteraan bertempat di Seri Ampangan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Manakala Kampus Kesihatan bertempat di Kubang Kerian, Kelantan. Mulai pengambilan Sidang Akademik 2010/2011, USM mula menawarkan Program Pengajian Antarabangsa Doktor Perubatan USM - KLE dengan usahasama Karnataka Lingayat Education Society (KLE) yang terletak di Belgaum, Karnataka, India.
Sejak ditubuhkan, USM telah diberikan mandat untuk memberi dan memajukan pengajian tinggi dalam bidang sains dan teknologi yang meliputi Sains Tulen, Sains Gunaan, Perubatan, Kejuruteraan, Pembangunan dan juga bidang Sains Kemasyarakatan, Kemanusiaan dan Pendidikan. USM merupakan institusi yang menyediakan arena untuk penyelidikan, pemajuan dan penyebaran ilmu intelek sains dan kemanusiaan.
USM telah terpilih dan diisytihar sebagai antara empat (4) Universiti Penyelidikan di Malaysia. Pengisytiharan ini amat bermakna dimana USM terus mengungguli IPTA lain dalam memartabatkan bidang penyelidikan di rantau ini. Pada 4 September 2008 pula USM telah diisytihar sebagai Universiti APEX (The Accelerated Programe for Excellence) atau Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan yang pertama di Malaysia. Pengisytiharan ini telah melonjak USM untuk menjadi Universiti yang ternama dan tersohor di dunia selari dengan matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. USM telah berkembang dengan pesat sejak mula ditubuhkan, bermula dengan pengambilan pelajar seramai 57 orang dalam bidang sains. Kini, USM menawarkan pelbagai program peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah baik bidang sains atau sastera serta mempunyai lebih kurang 20,000 pelajar. USM juga kini lebih dikenali sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang disengani di dalam mahupun luar negara. 2. VISI Transformasi Pengajian Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok
3. MISI
USM merupakan universiti perintis, intensif penyelidikan rentas bidang yang memperkasakan bakat masa depan dan mengupayakan gologan terkebawah demi mentransformasi kesejahteraan sosioekonomi mereka.
4. UNIVERSITI DALAM TAMAN
Konsep Universiti Dalam Taman yang diadunkan oleh USM ini menunjukkan hubungan akrab di antara peranan dan fungsinya sebagai institusi pengajian tinggi dalam persekitaran taman yang segar. Unsur flora, fauna, air dan ciptaan-ciptaan lain merupakan hubungan yang dinamik dalam penerokaan kehidupan selanjutnya.
Konsep ini mengajak kita untuk mengekalkan kehijauan kampus sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan dunia intelek. Kita perlu semarakkan semangat dan amalan dalam menjaga persekitaran kampus, malah terus menyayangi dan menghargai alam semulajadi dan ekologi yang dianugerahkan Tuhan di hati dan pemikiran pada setiap warga kampus.
Untuk menyedarkan semua pihak terhadap usaha ini, pelbagai unsur perlu diberikan perhatian. Unsur-unsur ini adalah nisbah di dalam pemajuan tanah yang ada, keindahan flora dan fauna, tasek dan keindahan yang berkaitan, rekabentuk dan seni bina serta amalan seluruh warga kampus.
Usaha murni ini memberikan keindahan yang tiada taranya, menggambarkan kampus yang sungguh menarik, nyaman dan kaya dengan semangat kemanusiaannya. USM menjadi model kehidupan universiti dalam taman yang patut dicontohi dan dicemburui. Ianya merupakan gabungan harmoni persekitaran kampus dalam taman yang menyediakan medan wacana intelek dalam menerokai akal budi ? siapa kita, bagaimana kita mengetahui dan bagaimana kita patut meneruskan kehidupan selanjutnya.
5. KAMPUS SEJAHTERA
Kampus Sejahtera adalah inovasi unik USM yang diperkenalkan oleh Naib Canselor, Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak pada tahun 2001 sebagai program Kampus Sejahtera. Sejahtera membawa maksud keamanan, keharmonian, ketenangan dan kesihatan. Secara konsep, Kampus Sejahtera bertujuan untuk membimbing warga USM yang terdiri dari pihak pentadbiran, pensyarah, dan pelajar untuk memfokuskan komitmen dan tanggungjawab mereka terhadap universiti. Setiap individu memainkan peranan melalui inisiatif sendiri, sifat positif, tindakan pro-aktif dan kesukarelaan dalam memelihara pembangunan kampus. Kampus Sejahtera adalah satu rangka kerja yang meliputi 5 asas. Pertama adalah untuk mencipta pemikiran setiap warga USM untuk mengambil tanggungjawab terhadap kampus. Kedua, berupaya mencipta suasana secara fizikal dan sosial yang kondusif untuk bekerja dan belajar. Ketiga, segala aktiviti di kampus harus menyumbang ke arah pembangunan berterusan yang mesra alam dan seterusnya menghasilkan gaya hidup sihat. Keempat, penyediaan gaya hidup sihat yang berkualiti dan rawatan gigi untuk pelajar dan staf. Dan yang kelima, Kampus Sejahtera sentiasa menyokong setiap aktiviti atau projek yang bermatlamatkan untuk menjadikan USM sebagai kampus yang lestari. Program ini juga menekankan hidup gaya sihat sebagai kunci kepada penguasaan pengetahuan. Sumber maklumat diutamakan dalam penyediaan perkhidmatan yang berintegrasi. Sehubungan dengan itu sebuah Portal telah dibangunkan, dinamakan sebagai Portal Kampus Sejahtera (http://healthycampus.usm.my) yang mengutamakan capaian umum kepada maklumat aktiviti dan dokumentasi berkaitan dengan kesejahteraan. Maklumat yang berkaitan disediakan dan dapat dibaca atau dimuat turun pada bila-bila masa.
6. PUSAT-PUSAT PENGAJIAN DI USM a) Kampus Induk USM, Pulau Pinang
i. Pusat Pengajian Pengurusan ii. Pusat Pengajian Sains Komputer iii. Pusat Pengajian Komunikasi iv. Pusat Pengajian Seni v. Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan vi. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan vii. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan viii. Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan ix. Pusat Pengajian Teknologi Industri x. Pusat Pengajian Sains Farmasi xi. Pusat Pengajian Sains Kajihayat xii. Pusat Pengajian Sains Fizik xiii. Pusat Pengajian Sains Matematik xiv. Pusat Pengajian Sains Kimia xv. Pusat Pengajian Bahasa, Literasi & Terjemahan xvi. Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
b) Kampus Kejuruteraan Sri Ampangan, Nibong Tebal, Pulau Pinang
i. Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam ii. Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa iii. Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik iv. Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia v. Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral vi. Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
c) Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan
i. Pusat Pengajian Sains Kesihatan ii. Pusat Pengajian Sains Perubatan iii. Pusat Pengajian Sains Pergigian
d) Kampus India – Karnataka Lingayat Education Society (KLE), Belgaum, Karnataka, India 7. PUSAT-PUSAT PENYELIDIKAN & KECEMERLANGAN
7.1 Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia 7.2 Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) 7.3 Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM) 7.4 Institut Perubatan & Pergigian Termaju 7.5 Pelantar Penyelidikan Bio-Perubatan dan Sains Kesihatan 7.6 Pelantar Penyelidikan Kejuruteraan dan Teknologi / Unit Inovasi dan Pembangunan Teknologi Kejuruteraan 7.7 Pelantar Penyelidikan Sains Fundamental 7.8 Pelantar Penyelidikan Sains Hayat 7.9 Pelantar Penyelidikan Sains Klinikal 7.10 Pelantar Penyelidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi 7.11 Pelantar Penyelidikan Transformasi Sosial 7.12 Pusat Genom Manusia (Pusat Virtual)
7.13 Pusat IPv6 Termaju Negara (NAv6) 7.14 Pusat Kajian Antarabangsa 7.15 Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) 7.16 Pusat Kajian Samudera & Pantai (CEMACS) 7.17 Pusat Kawalan Doping 7.18 Pusat Penyelidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (CETREE) 7.19 Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia 7.20 Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita 7.21 Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-ubatan 7.22 Pusat Penyelidikan Dasar 7.23 Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar 7.24 Pusat Rekabentuk Mikroelektronik Negara (CEDEC) 7.25 Pusat Racun Negara 7.26 Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia 7.27 Unit Penyelidikan Ilmu Falak & Sains Atmosfera 7.28 Unit Penyelidikan Haiwan Makmal 7.29 Unit Penyelidikan Kawalan Vektor 7.30 Unit Penyelidikan Pendidikan Asas (UPPA) 7.31 Unit Penyelidikan dan Pendidikan untuk Perdamaian (REPUSM) 7.32 Unit Terjemahan Melalui Komputer 7.33 Sekretariat Falsafah & Sains Islam (SEFSI) 7.34 Sekretariat Kampus Sejahtera 8. USM PILIHAN PERTAMA
8.1 Diisytihar sebagai APEX University (The Accelerated Programme for Excellence) atau Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan yang pertama di Malaysia. 8.2 Diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan yang sentiasa menggalakkan aktiviti kajian dan penyelidikan. 8.3 Hasil penyelidikan USM terbukti bertaraf internasional dengan kemenangan pelbagai anugerah di pertandingan penyelidikan antarabangsa. 8.4 Suasana kampus yang harmoni, kondusif yang mengamalkan konsep Universiti Dalam Taman dan Kampus Sejahtera. 8.5 Program-program pengajian multi-disiplin yang diiktiraf dunia. 8.6 Interaksi rapat antara pusat pengajian dan industrialis serta syarikat-syarikat korporat telah mendedahkan para pelajar tentang perkembangan terkini yang berkaitan dengan bidang pelajaran mereka.
9. PENCAPAIAN USM
Keunggulan USM dalam bidang penyelidikan di iktiraf dunia melalui penganugerahan geran-geran dan projek-projek penyelidikan. Penyertaan USM dalam pameran penyelidikan, penganugerahan-penganugerahan berprestij dari dalam dan luar negara dan pengiktirafan yang diterima oleh staf setiap tahun menunjukkan USM berada dalam kelas kecermelangan pada peringkat antarabangsa. Eksplorasi para saintis kita ke benua Antartika penemuan dan penerokaan & ilmu-ilmu baru turut mengukuhkan lagi persepsi mata dunia terhadap tahap dan mutu penyelidikan di USM. Telah berjaya merangkul pelbagai anugerah kecemerlangan di symposium penyelidikan dalam dan luar negara antaranya;
9.1 Ekspo Sains & Teknologi di Malaysia 9.2 ITEX Malaysia, MOSTE di Malaysia 9.3 Seoul International Inventation di Korea Selatan 9.4 International News Product Exposition (INPEX) di Amerika Syarikat 9.5 International New Products Exposition (INPEX) di Geneva 9.6 Khwarizmi International Award di Iran 9.7 IENA di Jerman. 9.8 Penemuan Perak Man di Kota Tampan, Perak oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi USM merupakan eksplorasi persejarahan yang paling bernilai di Asia Tenggara. 9.9 The BrandLaureate Award 2008-2009 – Best Brand in Education-Tertiary (Higher Education) 9.10 Reader’s Digest Trusted Brand 2009 - University (Gold Winner) 9.11 Penemuan penempatan terawal manuasia oleh Pusat Arkeologi USM di Bukit Buruh, Lenggong, Perak. 9.12 Penemuan genom getah. 9.13 Penghasilan motosikal elektrik yang mampu mengurangkan kos pemilikan & penyelenggaraan.
10. KEMUDAHAN AWAM DI USM
10.1 Kemudahan Bank a. Bank Simpanan Nasional b. Bank CIMB Malaysia Berhad c. Bank Islam Berhad (Perbankan Elektronik) d. Bank Muamalat 10.2 Kemudahan Kedai
a. Kedai Mahasiswa b. Kedai Buku c. Kedai Farmasi 10.3 Kafetaria 10.4 Masjid 10.5 Pusat Kesihatan 10.6 Rumah Tetamu
10.7 Kemudahan-kemudahan Sukan
a. Stadium Hoki b. Stadium Bolasepak & Olahraga c. Kolam Renang d. Kompleks Sukan – Badminton, Squash, Gymnasium e. Padang Golf f. Tenis g. Bola jaring h. Bola keranjang 11. KURSUS-KURSUS IJAZAH SARJANA MUDA YANG DITAWARKAN DI USM BAGI SIDANG AKADEMIK 2012 / 2013:- PUSAT PENGAJIAN | PROGRAM PENGAJIAN | KOD | KAMPUS INDUK USM, PULAU PINANG | ILMU KEMANUSIAAN | 1 | Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Geografi, Sejarah, Kesusasteraan | SA00 | 2 | Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan | SB00 | 3 | Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Terjemahan dan Interpretasi | SB01 | SAINS KEMASYARAKATAN | 4 | Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) Antropologi dan Sosiologi, Ekonomi, Sains Politik, Perancangan & Pengurusan Pembangunan | SA03 | 5 | Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) Kerja Sosial | SA09 | 6 | Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) | SE00 | SENI | 7 | Sarjana Muda Seni Muzik (Kepujian) Seni Persembahan dan Pedagogi | SA05 | 8 | Sarjana Muda Seni Halus(Kepujian) Lakonan & Pengarahan | SA06 | 9 | Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Seni Halus | SA07 | 10 | Sarjana Muda Seni Halus (Kepujian) Grafik Komunikasi | SA11 | 11 | Sarjana Muda Seni Halus (Kepujian) Rekabentuk Teknologi Media Baru | SA54 | 12 | Sarjana Muda Seni Halus (Kepujian) Rekabentuk Produk | SA55 | KOMUNIKASI | 13 | Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) Filem & Penyiaran, Komunikasi Pemujukan, Kewartawanan | SA02 | PENGURUSAN | 14 | Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) | SE02 | 15 | Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian) Organisasi, Pemasaran, Kewangan, Operasi, Perniagaan Antarabangsa | SP00 | SAINS MATEMATIK | 16 | Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Pemodelan Matematik | SG05 | 17 | Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Statistik Gunaan | SG06 | 18 | Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Matematik dan Ekonomi | SG21 | 19 | Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Penyelidikan Operasi | SG25 | 20 | Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik | SS08 | PERUMAHAN, BANGUNAN & PERANCANGAN | 21 | Sarjana Muda Sains [Perumahan, Bangunan & Perancangan] (Kepujian) Senibina | SH03 | 22 | Sarjana Muda Sains [Perumahan, Bangunan & Perancangan] (Kepujian) Perancangan Bandar & Wilayah | SH04 | 23 | Sarjana Muda Sains [Perumahan, Bangunan & Perancangan] (Kepujian) Ukur Bangunan | SH05 | 24 | Sarjana Muda Sains [Perumahan, Bangunan & Perancangan] (Kepujian) Ukur Bahan | SH06 | 25 | Sarjana Muda Sains [Perumahan, Bangunan & Perancangan] (Kepujian) Pengurusan Binaan | SH08 | 26 | Sarjana Muda Sains [Perumahan, Bangunan & Perancangan] (Kepujian) Rekabentuk Dalaman | SH10 | 27 | Sarjana Muda Sains [Perumahan, Bangunan & Perancangan] (Kepujian) Teknologi Bangunan | SH13 | ILMU PENDIDIKAN | 28 | Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan (Kepujian) Bahasa Malaysia, Geografi, Sejarah | ST01 | 29 | Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pendidikan Khas | ST10 | 30 | Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) TESOL | ST39 | SAINS KOMPUTER | 31 | Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) Perkomputeran & Kejuruteraan Perisian, Kejuruteraan Maklumat, Sistem & Teknologi Komputer | SC00 | SAINS FARMASI | 32 | Sarjana Muda Farmasi | SF00 | SAINS FIZIK | 33 | Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Fizik Gunaan | SG00 | 34 | Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Geofizik | SG01 | 35 | Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Fizik Perubatan | SG28 | 36 | Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Fizik Kejuruteraan | SG29 | 37 | Sarjana Muda Sains (Kepujian) Fizik | SS15 | SAINS KAJIHAYAT | 38 | Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Bioteknologi, Agrobiologi, Biologi Akuatik, Biologi Persekitaran, Biologi & Pengurusan Vektor & Parasit | SG02 | 39 | Sarjana Muda Sains (Kepujian) Mikro Biologi, Biologi Tumbuhan, Biologi Haiwan | SS02 | SAINS KIMIA | 40 | Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Kimia Analisis | SG03 | 41 | Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Kimia Industri | SG04 | 42 | Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia | SS28 | TEKNOLOGI INDUSTRI | 43 | Sarjana Muda Teknologi (Kepujian) Makanan | SY01 | 44 | Sarjana Muda Teknologi (Kepujian) Biosumber, Kertas dan Penglitup | SY03 | 45 | Sarjana Muda Teknologi (Kepujian) Persekitaran | SY06 | 46 | Sarjana Muda Teknologi (Kepujian) Bioproses | SY07 | BAHASA, LITERASI & TERJEMAHAN | 47 | Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Bahasa Inggeris Untuk Profesional | SB02 | KAMPUS KEJURUTERAAN SRI AMPANGAN, NIBONG TEBAL, PULAU PINANG | KEJURUTERAAN AWAM | 48 | Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Awam | SK01 | KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK | 49 | Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Elektronik | SK86 | 50 | Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Elektrik | SK23 | 51 | Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Mekatronik | SK24 | KEJURUTERAAN KIMIA | 52 | Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Kimia | SK03 | KEJURUTERAAN MEKANIK | 53 | Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Mekanik | SK04 | 54 | Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Pembuatan Dengan Pengurusan | SK13 | KEJURUTERAAN AEROANGKASA | 55 | Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Aeroangkasa | SK15 | KEJURUTERAAN BAHAN & SUMBER MINERAL | 56 | Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Sumber Mineral | SK06 | 57 | Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Bahan | SK12 | 58 | Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Polimer | SK32 | KAMPUS KESIHATAN, KUBANG KERIAN, KELANTAN | SAINS PERGIGIAN | 59 | Doktor Pergigian | SD00 | SAINS PERUBATAN | 60 | Doktor Perubatan | SM00 | SAINS KESIHATAN | 61 | Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kepujian) Bioperubatan | SM03 | 62 | Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kepujian) Sinaran Perubatan | SM04 | 63 | Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kepujian) Dietetik | SM05 | 64 | Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kepujian) Pemakanan | SM06 | 65 | Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kepujian) Audiologi | SM07 | 66 | Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kepujian) Kesihatan Persekitaran & Pekerjaan | SM10 | 67 | Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sains Forensik | SM11 | 68 | Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kepujian) Kejururawatan | SM12 | 69 | Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kepujian) Patologi Pertuturan | SM17 | 70 | Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kepujian) Sains Senaman dan Sukan | SM18 |
12. MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut sila hubungi :-
Puan Mazula Sabudin Timbalan Pendaftar Seksyen Pengambilan Pelajar Bahagian Pengurusan Akademik Jabatan Pendaftar Aras 2, Bangunan Canselori Universiti Sains Malaysia 11800 USM, Pulau Pinang. Talian Bebas Tol : 1 300 888 876 Tel : 04-6533196 Faks : 04-6533328 Emel : [email protected] Laman Web : http://www.usm.my |