UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

NAMA PENUH IPTA / POLITEKNIK PREMIER
:
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
ALAMAT
:
PENDAFTAR
BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
JALAN SLIM
35900
 TANJONG MALIM
PERAK
NO. TELEFON
:
Talian 1 : +6 05-4506932
Talian 2 : +6 05-4506929
Talian 3 : +6 05-4506930
Talian 4 : +6 -
NO. FAKS
:
+6 054582670
E-MEL
:
[email protected]
LAMAN WEB
:
http://www.upsi.edu.my

PENGENALAN

UPSI - KOMITED MEMBAWA PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

LAPAN PULUH SEMBILAN (89) TAHUN MEMIMPIN PENDIDIKAN

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan pada 1 Mei 1997 berkuat kuasa melalui Warta Kerajaan, P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1997, yang mengandungi dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997.

Sejarah awalnya bermula dengan penubuhan SULTAN IDRIS TRAINING COLLEGE (SITC) yang pada 29 November 1922 merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi seumpamanya di rantau ini. Pada mulanya hanya bertujuan untuk menyediakan latihan ikhtisas keguruan untuk anak-anak tempatan. Namun begitu, kolej ini mulai menerima pelajar-pelajar dari Singapura, British Borneo, Brunei, Filipina dan juga England kerana keupayaannya menjana bakal guru yang berwibawa. Pada tahun 1959, SITC diubah namanya kepada MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS (MPSI) sebagai memenuhi keperluan melatih bakal guru untuk sekolah-sekolah rendah. Pada tahun 1987 ia dinaikkan taraf menjadi INSTITUT PERGURUAN SULTAN IDRIS (IPSI) yang juga merupakan langkah permulaannya untuk menjadi sebuah universiti awam.

LOKASI KAMPUS

Kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris terletak di Tanjong Malim iaitu di selatan Negeri Perak Darul Ridzuan bersempadan dengan Negeri Selangor Darul Ehsan.

KEDUDUKAN SEKARANG

Seramai lebih kurang 14,000 orang pelajar telah mendaftar untuk mengikuti pelbagai program pendidikan peringkat Diploma,  Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah. Program-program yang ditawarkan :

1. Diploma

  • Diploma Pendidikan - untuk calon Lepasan Ijazah
  • Diploma - Lepasan SPM

2. Ijazah Sarjanamuda

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di bawah unjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Open Market) - tiada jaminan lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (guru) selepas tamat pengajian.
  • Ijazah Sarjana Muda 

3. Ijazah Sarjana

4. Ijazah Doktor Falsafah

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut mengenai pengambilan/kemasukan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris bolehlah melayari Laman Web atau mengemukakannya dialamatkan seperti berikut :

Pendaftar 
Bahagian Hal Ehwal Akademik, 
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 
Jalan Slim, 
35900 Tanjung Malim, 
Perak.
No. Tel : 05-450 6932/6929
No. Faks : 05-4582670

Laman web: http://akademik.upsi.edu.my

* Bagi Pemohon Kategori Diploma/Setaraf yang ingin mengepos dokumen, boleh menggunakan alamat seperti di atas.

FAKULTI DAN PROGRAM PENGAJIAN

Pada sesi 2011/2012, UPSI mempunyai sembilan (9) Fakulti dengan lima puluh satu (51)  program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP), Ijazah Sarjana Muda dan  Diploma seperti berikut:

Fakulti

Program

Bahasa dan Komunikasi

 

  • ISM Pendidikan (Kesusasteraan Melayu)
  • ISM Pendidikan (Bahasa Melayu)
  • ISM Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL))
  • ISM Bahasa Arab dengan Pendidikan
  • ISM Bahasa Cina dengan Pendidikan
  • ISM Pendidikan (Bahasa Tamil)
  • Diploma Bahasa Inggeris

 

Muzik dan Seni Persembahan

 

  • ISM Pendidikan (Muzik)
  • Diploma Muzik

 

Pendidikan dan Pembangunan Manusia

 

  • ISM Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)
  • ISM Pendidikan (Pendidikan Khas)
  • ISM Pendidikan (Sekolah Rendah)***
  • ISM Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak)**
  • ISM Psikologi ****
  • Diploma (Pendidikan Awal Kanak-kanak)

 

Sains dan Matematik

 

  • ISM Pendidikan (Matematik)
  • ISM Pendidikan (Kimia)
  • ISM Sains (Matematik) dengan Pendidikan**
  • ISM Pendidikan (Sains)
  • ISM Pendidikan (Fizik) 
  • ISM Pendidikan (Biologi) 
  • Diploma Sains
  • Diploma Sains (Matematik)
  • Diploma Teknologi Makmal

Pengurusan & Ekonomi

 

  • ISM Pendidikan (Perakaunan)
  • ISM Pendidikan (Keusahawanan dan Perdagangan)
  • ISM Pendidikan (Pengurusan Perniagaan)
  • ISM Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)*
  • ISM Pendidikan (Ekonomi)

Sains Sukan dan Kejurulatihan

  • ISM Pendidikan (Sains Sukan)
  • ISM Pendidikan (Jasmani)
  • ISM Pendidikan (Sains Kejurulatihan)**
  • ISM Sains Sukan (Rehabilitasi Sukan)****
  • ISM Pendidikan (Psikologi Sukan)***

Sains Kemanusiaan

 

  • ISM Pendidikan (Sejarah)
  • ISM Pendidikan (Geografi)
  • ISM Pendidikan (Pendidikan Moral)
  • ISM Pengajian Malaysia dengan Pendidikan
  • ISM Pendidikan (Pendidikan Islam)

Seni, Komputeran dan Industri Kreatif

 

  • ISM Pendidikan (Seni)
  • ISM Pendidikan (Teknologi Maklumat)
  • ISM Pendidikan (Multimedia)**
  • ISM Pendidikan (Tek. Reka Bentuk Berkomputer)**
  • ISM Reka Bentuk (Animasi)****
  • ISM Reka Bentuk (Pengiklanan)****
  • ISM Pendidikan (Seni Komunikasi Visual)***
  • ISM Kejuruteraan Perisian (Perisisian Pendidikan)****
  • Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan

Pendidikan Teknikal dan Vokasional

  • ISM Pendidikan (Kemahiran Hidup) 
  • ISM Pendidikan (Ekonomi Rumah Tangga)
  • ISM Pendidikan (Sains Pertanian)


Program kerjasama UPSI dengan Kerajaan/Kerajaan Negeri (kemasukan khas).

**  Program untuk Open Market (Pasaran Terbuka).

*** Penawaran program ditangguhkan buat sementara waktu.

**** Ijazah Sarjana Muda BUKAN Pendidikan



SISTEM AKADEMIK

UPSI mengamalkan sistem semester. Program Ijazah Sarjana Muda lazimnya mengambil masa selama 8 semester (4 tahun). Walau bagaimanapun, tempoh yang diberikan untuk menamatkan pengajian dibenarkan sehingga tidak melebihi (maksimum) 12 semester (6 tahun), manakala program Diploma mengambil masa selama 6 semester (3 tahun).

PELUANG-PELUANG KERJAYA

Graduan UPSI telah disediakan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang cukup supaya mereka boleh menghadapi dunia kerjaya selepas tamat pengajian kelak. Antara kerjaya yang sesuai untuk graduan UPSI adalah:

GURU . USAHAWAN . PENYELIDIK . SAINTIS . PERUNDINGCARA . EKSEKUTIF . JURULATIH SUKAN . PEMUZIK . ARTIS KESENIAN . EDITOR . PENTERJEMAH . JURUBAHASA . WARTAWAN . KAUNSELOR . PEGAWAI TADBIR . JURU RUNDING SAHAM . PEGAWAI PERBANKAN . PEREKA FESYEN . JURUTEKNIK . PEREKA ICT . GRAFIK . ANIMASI . PENYIARAN . PUSTAKAWAN . PENSYARAH .

Comments