UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)


NAMA PENUH IPTA / POLITEKNIK PREMIER
:
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
ALAMAT
:
JABATAN HAL EHWAL AKADEMIK
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
UUM SINTOK

06010
 SINTOK
KEDAH
NO. TELEFON
:
Talian 1 : +6 04-9283174
Talian 2 : +6 04-9283108
Talian 3 : +6 04-9283168
Talian 4 : +6 04-9283107
NO. FAKS
:
+6 049283109
E-MEL
:
heanet@uum.edu.my
LAMAN WEB
:
http://hea.uum.edu.my



PENGENALAN

LATAR BELAKANG DAN SEJARAH

Universiti Utara Malaysia (UUM) ialah universiti keenam negara yang secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari 1984. UUM juga satu-satunya universiti yang ditetapkan supaya mengkhusus kepada bidang pengurusan sejak awal penubuhannya. 

LOKASI KAMPUS

Kampus UUM terletak di Sintok Kedah iaitu di utara Negeri Kedah Darul Aman berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thai di Lebuh Raya Utara-Selatan.


KEDUDUKAN SEMASA

OBJEKTIF

Objektif UUM adalah seperti berikut:

    * Sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang pengurusan
    * Sebagai pusat rujukan dalam semua aspek pengurusan
    * Sebagai pusat sumber yang terulung dalam bidang pengurusan 

VISI

Menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka

MISI

Merealisasikan Universiti Utara Malaysia sebagai pusat  kecemerlangan pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan perundingan yang terkemuka dalam bidang pengurusan secara berterusan demi menghasilkan modal insan yang mampu dan beriltizam membangunkan negara dan kemanusiaan.

KOLEJ PENGAJIAN

UUM memperkenalkan sistem Kolej mulai 1 Januari 2008. Pada masa kini UUM mempunyai sebanyak tiga (3) buah Kolej Pengajian seperti berikut:

    * UUM College of Arts and Sciences 
    * UUM College of Business 
    * UUM College of Law, Government and International Studies 


BILANGAN PELAJAR DAN TENAGA PENGAJAR

Pada masa kini , UUM mempunyai seramai 30,670 orang pelajar pada peringkat pengajian Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan. Jumlah tersebut merangkumi 22,932 pelajar penuh masa peringkat Ijazah Pertama,  896 pelajar Program Kerjasama, 2,245  pelajar secara Pengajian Luar Kampus dan 4,597 pelajar Ijazah Lanjutan. Jumlah tersebut juga termasuk  pelajar antarabangsa seramai 2,279 orang dari 42 buah negara. UUM mempunyai seramai 1,225 orang staf akademik dan 1,457 orang staf pentadbiran dan sokongan yang sedang berkhidmat di Universiti ini.

DEWAN PENGINAPAN PELAJAR

UUM menyediakan sebanyak 15 buah Dewan Penginapan Pelajar (DPP) yang boleh menampung  kemudahan penginapan yang selesa kepada pelajar. Setiap DPP dinamakan mengikut nama firma-firma korporat iaitu:

    * DPP MAS
    * DPP TENAGA NASIONAL
    * DPP PROTON
    * DPP TRADEWINDS
    * DPP PETRONAS
    * DPP EON
    * DPP SIME DARBY 
    * DPP MISC
    * DPP TM
    * DPP BSN
    * DPP YAYASAN ALBUKHARY
    * DPP BANK MUAMALAT
    * DPP MAYBANK
    * DPP SME BANK
    * DPP BANK RAKYAT

PROGRAM YANG DITAWARKAN MENGIKUT PUSAT PENGAJIAN


KOLEJ AKADEMIK

PUSAT PENGAJIAN/

SCHOOL OF

KOD

PROGRAM

IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN

UUM CAS

 

PENGKOMPUTERAN (COMPUTING)

UC01

TEKNOLOGI MAKLUMAT

SAINS KUANTITATIF (QUANTITATIVE SCIENCES)

UG22

SAINS PEMUTUSAN

UG33

MATEMATIK PERNIAGAAN

UG06

STATISTIK INDUSTRI

TEKNOLOGI MULTIMEDIA & KOMUNIKASI (MULTIMEDIA TECHNOLOGIES & COMMUNICATION)

UA02

KOMUNIKASI

UA06

TEKNOLOGI MEDIA

UC12

MULTIMEDIA

PENDIDIKAN & BAHASA MODEN (EDUCATION AND MODERN LANGUAGES)

*UT04

ISMP (BIMBINGAN & KAUNSELING)

*UT41

ISMP (PENDIDIKAN MORAL)

*UT21

ISMP (PENGURUSAN PERNIAGAAN)

*UT08

ISMP (PERAKAUNAN)

*UT20

ISMP (TEKNOLOGI MAKLUMAT)

PEMBANGUNAN SOSIAL (SOCIAL DEVELOPMENT)

*UP04

KAUNSELING

*UP12

PENGURUSAN KERJA SOSIAL

UUM COB

 

 PENGURUSAN PERNIAGAAN (BUSINESS MANAGEMENT)

UP03

PENGURUSAN PERNIAGAAN

UP35

KEUSAHAWANAN

UP09

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

UP22

PEMASARAN

PERNIAGAAN ISLAM (ISLAMIC BUSINESS)

UP21

PENTADBIRAN MUAMALAT

UE23

KEWANGAN & PERBANKAN ISLAM

PERAKAUNAN (ACCOUNTANCY)

UE02

PERAKAUNAN

UE17

PERAKAUNAN (SISTEM MAKLUMAT)

EKONOMI, KEWANGAN & PERBANKAN (ECONOMICS, FINANCE AND BANKING)

UE07

KEWANGAN

UP15

PERBANKAN

UP36

PENGURUSAN RISIKO & INSURANS

UE00

EKONOMI

UP05

SAINS PENGURUSAN PERNIAGAANTANI

PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN LOGISTIK (TECHNOLOGY AND LOGISTICS MANAGEMENT)

UP16

PENGURUSAN TEKNOLOGI

UP39

PENGURUSAN OPERASI

UP37

PENGURUSAN PERNIAGAAN (LOGISTIK & PENGANGKUTAN)

UUM COLGIS

 

KERAJAAN (GOVERNMENT)

UP01

PENGURUSAN AWAM

UP17

PENGURUSAN PEMBANGUNAN

 UNDANG-UNDANG(LAW)

UL00

UNDANG-UNDANG

ANTARABANGSA (INTERNATIONAL STUDIES)

UP11

PENGURUSAN HAL EHWAL ANTARABANGSA (BIAM)

UP10

PENGURUSAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA (BIBM)

PENGURUSAN PELANCONGAN, HOSPITALITI & ALAM SEKITAR (TOURISM, HOSPITALITY & ENVIRONMENTAL MANAGEMENT)

UP08

PENGURUSAN PELANCONGAN

UP38

PENGURUSAN HOSPITALITI


Catatan : * Program bertemuduga


SISTEM PENGAJIAN

UUM mengamalkan sistem semester. Dalam satu sesi pengajian terdapat dua (2) semester, iaitu Semester Pertama dan Semester Kedua. Dalam satu-satu semester, pelajar akan menghadiri kuliah dan tutorial selama 14 minggu. Ini diikuti dengan tiga (3) minggu peperiksaan dan juga cuti semester. Program Ijazah Sarjana Muda lazimnya mengambil masa selama 8 semester (4 tahun). Walau bagaimanapun, tempoh yang diberikan untuk menamatkan pengajian dibenarkan sehingga tidak melebihi (maksimum) 12 semester (6 tahun).  

PENUTUP

Dalam merealisasikan wawasan untuk menjadikan UUM sebagai Universiti Pengurusan Terkemuka, selaras dengan  Moto Universiti "ILMU BUDI BAKTI" , maka kami dengan penuh tekad dan beriltizam berjanji menyempurnakan hak-hak pelanggan kami khususnya pelajar dalam menyediakan pendidikan, kemudahan pendidikan dan sistem pengurusan terbaik berlandaskan piawaian-piawaian yang ditetapkan.   

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang keterangan lanjut mengenai program pengajian boleh dikemukakan kepada:

Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Akademik
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok, Kedah Darul Aman

Tel: 04-928 3174/ 04-928 3108/ 04-928 3168/ 04-928 3103

Faks : 04-928 3109
Emel : heanet@uum.edu.my
Laman Web UUM : http://www.uum.edu.my
Laman Web Jabatan : http://hea.uum.edu.my

Comments