UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

NAMA PENUH IPTA / POLITEKNIK PREMIER
:
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
ALAMAT
:
PENDAFTAR
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
UNIT KEMASUKAN DAN REKOD 
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 
81310
 JOHOR BAHRU
JOHOR
NO. TELEFON
:
Talian 1 : +6 07-5533333
Talian 2 : +6 07-5530464
Talian 3 : +6 07-5530463
Talian 4 : +6 07-5530493
NO. FAKS
:
+6 075581791
E-MEL
:
upa@utm.my
LAMAN WEB
:
http://www.utm.my


PENGENALAN

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang unggul dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi di Malaysia. UTM ditubuhkan pada 14 Mac 1972 dengan nama Institut Teknologi Kebangsaan yang kemudiannya ditukar kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975. Kini UTM mempunyai 2 kampus iaitu Kampus Johor  Bahru yang merupakan kampus induk dan kampus cawangan di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang juga dikenali sebagai  'International Campus'.

Semenjak konvokesyen yang pertama pada tahun 1972 hingga kini, UTM telah menghasilkan lebih 123,667 orang graduan terutamanya dalam bidang Kejuruteraan dan Teknologi. Ini menjadikan UTM sebagai penyumbang utama tenaga kerja profesional dan separuh profesional kepada negara  hingga kini.

UTM akan meneruskan kecemerlangan akademik selaras dengan pengiktirafan kerajaan sebagai Universiti Penyelidikan (Research University)mulai Jun 2010.

FALSAFAH UNIVERSITI

Hukum Allah adalah dasar kepada sains dan teknologi. Maka Universiti Teknologi Malaysia berusaha secara menyeluruh dan bersepadu memperkembangkan kecemerlangan sains dan teknologi untuk kesejahteraan dan kemakmuran sejagat sesuai dengan kehendakNya.

VISI

Diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan akademik dan teknologi bertaraf dunia .

MISI

Menjadi peneraju pembangunan modal insan dan teknologi inovatif demi pengkayaan khazanah  negara.

FAKULTI DAN PROGRAM PENGAJIAN

UTM menawarkan 52 program pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Kejuruteraan  Awam, Elektrik , Kimia, Mekanikal, Petroleum, Bio Perubatan, Geomatik, Sains, Pendidikan, Senibina, Pengurusan , Perakaunan dan Sains Komputer (ICT). Program-program ini  dikendalikan oleh 13 buah  fakulti seperti berikut : 

  • Fakulti Kejuruteraan Awam
  • Fakulti Kejuruteraan Elektrik
  • Fakulti Kejuruteraan Kimia
  • Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
  • Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan
  • Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan Kejuruteraan Tenaga Diperbaharui                                                                                                                                            
  • Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah
  • Fakulti Alam Bina
  • Fakulti Pendidikan
  • Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
  • Fakulti Sains
  • Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat
  • Fakulti Biosains dan Biokejuruteraan
  • Malaysian-Japan International Institute Of Technology


SYARAT AM PROGRAM SELAIN KELAYAKAN AKADEMIK YANG DITETAPKAN

Kecacatan

Pemohon yang mempunyai kecacatan fizikal dinasihatkan terlebih dahulu menghubungi Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Akademik, UTM menerangkan bentuk dan jenis kecacatan serta program yang akan dipohon sebelum menghantar permohonan bertujuan mengelakkan kesulitan yang timbul kerana kemudahan yang terbatas di Universiti ataupun keperluan program itu sendiri. Kriteria akademik yang sama akan digunakan dalam proses menentukan pemohon yang berjaya. Walau bagaimanapun, bagi beberapa program yang dijalankan oleh fakulti berikut, pemohon yang mempunyai kecacatan seperti yang dijelaskan di bawah tidak dibenarkan memohon program berkenaan.

  • Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains kesihatan
  • Fakulti Kejuruteraan Elektrik
  • Fakulti Kejuruteraan Kimia
  • Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
  • Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan Kejuruteraan Tenaga Diperbaharui
  • Malaysian - Japan International Institute Of Technology


"Kecacatan dari segi fizikal yang menyulitkan kerja di makmal dan bengkel dan penglihatan pemohon tidak mengalami masalah rabun/buta warna yang teruk".

Pengesahan Kesihatan

Pemohon yang berjaya diterima masuk dikehendaki mendapatkan surat pengesahan Pegawai Perubatan dari hospital atau klinik kerajaan atau swasta yang membuktikan ia sihat.


KELEBIHAN  MEMILIH UTM UNTUK MEMBINA KERJAYA MASA DEPAN ANDA

i. Sebagai Pusat Pembelajaran dan Pengajaran Kejuruteraan dan Teknologi Terbesar di Malaysia.

Di UTM berkumpulnya lebih 1,800 orang ahli Sains, Kejuruteraan dan Teknologi yang pakar dalam bidang masing-masing berkhidmat sebagai Pensyarah dan terlibat dengan kerja-kerja pendidikan, penyelidikan, perundingan dan penerbitan. Di samping itu lebih 25,000 pelajar dari dalam dan luar negara sedang mengikuti pengajian dalam bidang Sains, Kejuruteraan dan Teknologi.

ii. Kualiti Program Akademik

Semua program kejuruteraan UTM telah berjaya memperoleh pengiktirafan dari Engineering Accredition Council-Board of Engineers Malaysia (EAC-BEM). Lain-lain program bukan kejuruteraan juga telah memperolehi pengiktirafan dari badan-badan profesional masing-masing selaras dengan hasrat Universiti menjadikan UTM sebagai hub pendidikan serantau.

iii. Program Pengantarabangsaan

Menjalin kerjasama dalam bidang pendidikan dan penyelidikan dengan Universiti tersohor dunia antaranya University of Cambridge, United Kingdom; University de Nantes, France; Harvard University, Ohio State University, United State; University of Bologna, Itali; Meiji University, Jepun; dan lain-lain lagi.

iv. Kemudahan lengkap dan suasana persekitaran yang menggalakkan untuk pembelajaran.

UTM menyediakan kemudahan dewan/bilik kuliah, makmal-makmal pembelajaran dan penyelidikan, perpustakaan, kemudahan sukan dan rekreasi yang dilengkapi dengan peralatan terkini dan kondusif. Perpustakaan Sultanah Zanariah misalnya telah memenangi Malaysia Excellent Library Award daripada Librarian's Association of Malaysia dan ianya merupakan pemenang pertama seumpamanya di Malaysia.

v. Membentuk Graduan yang Kompeten, Employability dan Marketability

UTM telah berjaya membangunkan daya saing pelajar dengan melengkapkan mereka dengan soft skills terutamanya dalam kemahiran berkomunikasi dan Bahasa Inggeris serta kemahiran ICT agar mereka dianggap first choice graduates. Pada tahun 2006, UTM telah mencatat peratusan graduan bekerja tertinggi berbanding IPTA di Malaysia.

vi. Peluang Mengikuti Program di Peringkat Lebih Tinggi.

Pihak Universiti juga membuka peluang kepada pelajar-pelajar Lepasan Diploma/Ijazah Sarjana Muda untuk meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana/Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang-bidang yang berkaitan setelah pelajar mendapat keputusan yang cemerlang.

vii. Kemudahan Bantuan Kewangan

PTPTN, JPA, MARA, Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Negeri, Badan-badan Berkanun dan Swasta adalah merupakan organisasi yang menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk biasiswa/dermasiswa/pinjaman. UTM juga memberi biasiswa melalui Yayasan UTM di samping menyediakan skim pinjaman jangka panjang dan jangka pendek kepada pelajar

viii. Peluang Untuk Mengikuti Program Minor dan Degree ++

Universiti telah meluluskan sejumlah 23 buah program Minor dari pelbagai bidang bermula pada sesi 2005/2006. Program Minor memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan pendedahan dalam bidang lain dalam skala yang kecil dengan syarat-syarat yang tidak membebankan selain daripada bidang program Ijazah Sarjana Muda yang diikuti.  Pengetahuan sokongan dan penguasaan lebih daripada satu bidang akan membantu para graduan lebih flexible dan berdaya saing dalam menghadapi pasaran pekerjaan.

xi.  Skim Pelajar Cemerlang

UTM telah melaksanakan skim pelajar cemerlang yang mendapat PNGK 4.00 dengan memberi insentif khas anugerah pengecualian yuran pelajaran semasa mendaftar berdasarkan program yang ditawarkan. Pengecualian yuran ini juga akan berterusan sepanjang pengajian sekiranya mahasiswa berjaya mengekalkan pencapaian akademik dengan mendapat PNGK 4.00.

xii. Global Outreach Programme (GOP)

Pelajar UTM berpeluang untuk mengikuti 'Global Outreach Programme' kemana-mana universiti luar negara sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh pengajian. Ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan global dan meningkatkan kenyakinan diri sesuai dengan pembangunan insaniah mahasiswa.

MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN

Maklumat lengkap mengenai UTM dan program-program yang ditawarkan boleh juga  boleh didapati di laman web UTM dengan melayariwww.utm.my

MAKLUMAT LANJUT

Segala pertanyaan mengenai program-program di UTM bolehlah dikemukakan kepada:

PENDAFTAR
PEJABAT PENDAFTAR
(BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK) 
UNIT KEMASUKAN DAN REKOD 
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 
81310 UTM JOHOR BAHRU
JOHOR DARUL TA'ZIM

Tel: 07-5533333/samb. 30464/30493/30463
Faks: 07-5581791
E-mel: upa@utm.my
Laman Web: www.utm.my

Comments