UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM)

NAMA PENUH IPTA / POLITEKNIK PREMIER
:
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM)
ALAMAT
:
PENDAFTAR
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
HANG TUAH JAYA 
76100
 DURIAN TUNGGAL
MELAKA
NO. TELEFON
:
Talian 1 : +6 06-3316086
Talian 2 : +6 06-3316078
Talian 3 : +6 06-3316077
Talian 4 : +6 06-3316073
NO. FAKS
:
+6 063316079
E-MEL
:
bpa@utem.edu.my
LAMAN WEB
:
http://www.utem.edu.my


PENGENALAN RINGKAS UNIVERSITI 


Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) adalah IPTA yang ke-14 dan merupakan Universiti Teknikal pertama di Malaysia. Universiti ini kini beroperasi di 3 kampus iaitu di  Kampus Induk yang terletak di Durian Tunggal, Alor Gajah, Kampus Industri di Ayer Keroh manakala Kampus Bandar terletak di pusat bandaraya Melaka.

Universiti ini mempunyai 6 Fakulti dan 1 pusat akademik. UTeM menawarkan program di peringkat Diploma, Ijazah dan Pasca Siswazah dalam Kejuruteraan, Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) dan Teknousahawan serta Pengurusan Teknologi. Program pengajian yang ditawarkan di UTeM menekankan aspek teori dan aplikasi dalam bidang pengkhususannya. Konsep pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan adalah berasaskan kepada :


  • Competency based development
  • Action based learning
  • Simulation of real situations and problems
  • Solving industry related issues / problems


Pelajar UTeM perlu menjalani program latihan industri selama 6 bulan iaitu tambahan tempoh latihan selama 3 bulan  berbanding IPTA yang lain. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan di universiti merupakan platfom kepada graduan dalam menjalani latihan, memberikan pendedahan dan pengalaman bagi tujuan melahirkan graduan yang kompeten, berketrampilan dan berkemahiran tinggi serta berdaya saing dalam mengharungi dunia professional di samping bersahsiah tinggi.



MISI


Melahirkan ahli profesional yang bersahsiah murni, kompeten dan berketerampilan tinggi melalui pendidikan universiti teknikal berkualiti dan bertaraf dunia berteraskan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan berorientasikan aplikasi serta perkongsian pintar universiti-industri sejajar dengan aspirasi negara.



VISI


Menjadikan Universiti Teknikal yang kreatif dan inovatif terkemuka di dunia.



MOTO


Kompetensi Teras Kegemilangan



OBJEKTIF

  1. Menjadikan sebuah organisasi pembelajaran dan keilmuan yang kreatif dan inovatif menawarkan program akademik dalam bidang kejuruteraan & teknologi berorientasikan aplikasi dan amalan.
  2. Menerajui aktiviti penyelidikan,pembangunan, pengkomersialan / inovasi dan perundingan yang berlandaskan keperluan industri.
  3. Melahirkan graduan yang kompeten dan bersahsiah murni yang menjadikan pilihan utama industri.
  4. Mempunyai staf yang kompeten dan berkelayakan tinggi serta memiliki pengalaman praktikal yang luas.
  5. Memainkan peranan berkesan sebagai penggerak kepada pembangunan perindustrian negara.
  6. Mengadakan kerjasama dan perkongsian pintar universiti-industri.
  7. Mengadakan prasarana dan persekitaran yang kondusif untuk menjana dan mengekalkan kecemerlangan.
  8. Melaksanakan penggunaan ICT secara menyeluruh dan luas dalam aktiviti akademik dan pengurusan universiti.


PENDEKATAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN

UTeM menggunapakai pendekatan pembelajaran dan pengajaran secara Aplikasi dan Amalan. Pendekatan ini mendedahkan para pelajar dengan amalan profesional di dalam bidang pengkhususan dan seterusnya mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah-masalah industri. Kaedah ini mengintegrasikan teori dengan amali menerusi sinergi di antara akademik dengan amalan kejuruteraan dan aspek teras yang menunjungi kesemua aktiviti pengajaran di Universiti adalah berfokus kepada persoalan “bagaimana” sebagai tambahan kepada”apa”.

Strategi-strategi unik yang dilaksanakan oleh UTeM bagi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan termasuk:

a)      Strategi pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif

Teknik-teknik yang digunakan membolehkan para pelajar menguasai teori dengan baik disertai penekanan kepada aspek aplikasi seiring dengan hasrat UTeM untuk menjadikan universiti teknikal yang kreatif dan inovatif terkemuka di dunia.


b)      Penggunaan teknik pengajaran dan pembelajaran seperti berikut:

  • Computer based teaching
  • Problem-based learning
  • Experiential learning
  • Action-based learning
  • Simulation-based teaching
  • Sesi amali dan uji kaji
  • Industrial application software
  • Pendedahan Industri
  • Projek


c)       Teaching Factories


Teaching factories memberikan pendedahan suasana industri sebenar kepada para pelajar khususnya di dalam design prototyping, proses pengeluaran dan proses kawalan kualiti. Ia memberi peluang kepada para pelajar untuk membina kefahaman yang mendalam terhadap apa yang telah dipelajari berdasarkan situasi sebenar. Pembelajaran yang meluas serta berterusan dengan menggunakan pendekatan secara aplikasi dan amalan ini membolehkan UTeM menghasilkan graduan-graduan yang kompeten, bertaraf dunia dan berfikiran global.

FAKULTI

Program-program yang ditawarkan dikendalikan oleh 6 buah Fakulti yang terletak di Kampus Tetap di Durian Tunggal, Melaka, Kampus Sementara (Kampus Industri) di Ayer Keroh, Melaka dan Kampus Bandar di Jalan Hang Tuah, Melaka.

1.   Fakulti yang beroperasi di Kampus Tetap ialah:

           i)     Fakulti Kejuruteraan Elektrik; dan
           ii)    Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer
           iii)    Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

          ii)    Fakulti Kejuruteraan Pembuatan; dan

         iii)   Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi

2.   Fakulti yang beroperasi di Kampus Bandar ialah Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan.
 
TAHUN AKADEMIK (SISTEM SEMESTER)

Sistem Akademik Universiti dibahagikan kepada dua semester lazim iaitu Semester I dan Semester II. Setiap semester ini mengandungi 14 minggu perkuliahan. Disamping dua semester lazim, universiti juga mempunyai Semester Khas (Semester Pendek) yang diadakan dalam musim cuti akhir tahun akademik. Semester Khas ini tidak termasuk dalam pengiraan tempoh pengajian yang ditetapkan bagi sesuatu kursus. Tahun Akademik yang dilaksanakan secara amnya adalah seperti berikut:

Semester Lazim ( I & II)

 Perkuliahan  7 minggu
 Cuti Pertengahan Semester  1 minggu
 Perkuliahan  7 minggu
 Minggu Ulangkaji  1 minggu
 Peperiksaan  2 minggu
 Cuti Antara Semester   3 minggu
 Cuti Akhir Tahun Akademik  13 minggu
Semester Khas (Semester Pendek)
 
 Cuti Antara Semester   1 minggu
 Perkuliahan & Peperiksaan   8 minggu
 Cuti Akhir Semester  4 minggu   
 

KEMASUKAN PELAJAR

Kemasukan pelajar bagi program Ijazah Sarjana Muda adalah terbuka kepada lulusan STPM, Matrikulasi dan Diploma/Sijil yang berkaitan daripada IPTA/Politeknik atau setaraf. UTeM hanya membuat pengambilan pelajar sekali setahun iaitu kemasukan sesi Julai setiap tahun.

TEMPOH PENGAJIAN
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan
    Tempoh pengajian lazim bagi menamatkan kursus Ijazah Sarjana Muda  Kejuruteraan ialah minimum 8 semester (4 tahun) dan tempoh maksimum pengajian yang dibenarkan ialah 12 semester (6 tahun).
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer
    Tempoh pengajian lazim bagi menamatkan kursus Ijazah Sarjana Sains Komputer tempoh minimum ialah 7 semester (3 1/2 tahun) dan tempoh maksimum pengajian yang dibenarkan ialah 11 semester (5 1/2 tahun).
KEMUDAHAN DAN  PERKHIDMATAN

Sepertimana lazimnya kemudahan yang disediakan oleh sesebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang lain, UTeM juga menyediakan kemudahan-kemudahan seperti Perpustakaan, Bengkel dan Makmal yang canggih dan terkini selaras dengan imej sebuah IPTA Teknikal yang berasakan aplikasi dan amalan, Ruang Kuliah yang selesa, Perkhidmatan Pelajar dan Koperasi, Pengangkutan, Kolej Kediaman yang kondusif, Pusat Kesihatan, Perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya, Kafeteria dan lain-lain.

PELUANG KERJAYA YANG BOLEH DICEBURI SELEPAS MENAMATKAN PENGAJIAN DI UTeM

Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer  (FKEKK)

Jurutera:

  • Industri Teklekomunikasi
  • Pusat Penyelidikan dan Pembangunan
  • Industri Sekunder dan Servis
  • Institusi Pengajian Teknikal
  • Kilang Pembuatan/Kilang Elektronik/ Elektronik Konsumer dan Produk yang berkaitan dengan komputer
  • Usahawan 

Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE)

Jurutera:

  • Firma Sistem Bekalan Elektrik
  • Elektrik (Penjanaan, Penghantaran, Pengagihan, Kawalan Pengurusan dan Penyelenggaraan)
  • Industri Pembuatan Komponen Elektrik
  • Firma Pemasangan
  • Penyelenggaraan dan Pendawaian Elektrik di Premis-Premis Industri Komersil
  • Industri Pembuatan Mesin-Mesin Elektrik dan Kawalan Pemacuan Motor Elektrik
  • Industri berasaskan Elektrik dan Elektronik
  • Usahawan 

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM)

Jurutera:

  • Automotif
  • Marin
  • Aeroangkasa
  • Penjanaan Tenaga & Alam Sekitar
  • Perladangan & Pengeluaran Produk Pemakanan
  • Petrokimia, Gas dan Bahan Galian
  • Penyelidikan (R&D) dan Pengurusan Kejuruteraan
  • Usahawan 

Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP)

Jurutera:

  • Sektor Perkilangan
  • Sektor Perniagaan/Pemasaran
  • Pengurusan Projek
  • Reka Bentuk Barangan
  • Menguji Ketepatan dan Kualiti Produk
  • Mengubahsuai Produk
  • Penyeliaan Kilang/Premis
  • Usahawan

Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK)

  • Jurutera Perisian
  • Juruanalisa Sistem
  • Juruanalisa/Pengaturacara Komputer
  • Pengurus Pengkalan Data
  • Pentadbir/Pengurus Sistem
  • Pentadbir/Pengurus Rangkaian atau Jurutera Rangkaian
  • Pembangunan Sistem Multimedia
  • Pereka Bentuk Web
  • Pengaturcara Internet
  • Pembangunan Infotainment/Edutainment
  • Pembangunan E-Perniagaan
  • Usahawan ICT/e-Perniagaan 

BIASISWA DAN PINJAMAN PENGAJIAN DI UTeM

Pelajar dibenarkan memohon biasiswa/dermasiswa/pinjaman atau lain-lain bantuan kewangan dari badan-badan penganjur yang layak dipohon. Syarat dan peraturan penajaan dan pinjaman adalah tertakluk kepada pihak yang berkenaan. Terdapat penaja yang boleh membiayai pengajian pelajar di UTeM, antaranya ialah seperti berikut:

  • Bank Rakyat
  • Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi
  • Biasiswa Kesatuan Guru-guru Melayu Kelantan
  • Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS)
  • Biasiswa SHELL
  • Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
  • Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman
  • Kementerian Belia dan Sukan
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  • Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
  • Koperasi Kebangsaan Permodalan Tanah Berhad
  • Kouk Foundation Berhad
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Lembaga Biasiswa Negeri Kedah (LBNK)
  • Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
  • Majlis Agama Islam Negeri Johor
  • Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
  • Majlis Agama Islam Perak
  • Majlis Agama Islam Selangor
  • Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • Majlis Islam Wilayah Persekutuan
  • Nestle Manufacturing (Malaysia) Sdn. Bhd.
  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • PERKESO
  • Permodalan Nasional Berhad
  • Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
  • Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
  • Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
  • Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPNM)
  • The Star Publications (Malaysia) Berhad
  • Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman
  • Yayasan Bursa
  • Yayasan FELCRA
  • Yayasan FELDA
  • Yayasan Kelantan Darul Naim
  • Yayasan KLK
  • Yayasan Lee
  • Yayasan Negeri Sembilan
  • Yayasan Pahang
  • Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)
  • Yayasan Perak
  • Yayasan Proton
  • Yayasan Selangor
  • Yayasan Sime Darby
  • Yayasan Telekom Malaysia
  • Yayasan Tenaga Nasional Berhad
  • Yayasan Terengganu
  • Yayasan Tun Tan Cheng Lock
  • Yayasan Wilayah Persekutuan

MAKLUMAT LANJUT 

Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai UTeM, sila hubungi:

Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar
Bahagian Pengurusan Akademik
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya 
76100 Durian Tunggal 
Melaka 
No. Telefon : 06 331 6086/6078/6077/6073/6076
No. Faks    : 06 331 6079

Emel :  bpa@utem.edu.my
Laman web : http://www.utem.edu.my

Comments