UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA)

NAMA PENUH IPTA / POLITEKNIK PREMIER
:
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA)
ALAMAT
:
TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
KAMPUS GONG BADAK

21300
 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU
NO. TELEFON
:
Talian 1 : +6 09-6664466
Talian 2 : +6 09-6653030
Talian 3 : +6 09-6653027
Talian 4 : +6 09-6653026
NO. FAKS
:
+6 096664063
E-MEL
:
bpa@unisza.edu.my
LAMAN WEB
:
http://www.unisza.edu.my


LATAR BELAKANG

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang ditubuhkan pada 24 Ogos 2005 adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang kelapan belas.  Penubuhan universiti ini adalah mengikut konsep universiti yang mempunyai kolej-kolej bersekutu di bawahnya.  Sebagai permulaan UniSZA akan mempunyai 3 kampus yang mempunyai niche yang tersendiri :

i)    Kampus Gong Badak akan memfokuskan kepada usaha pengajaran dan  penyelidikan ilmu-ilmu Islam yang diharmonikan dengan ilmu-ilmu profesional.

ii)    Kampus Besut akan dibangunkan dengan niche dalam bidang pertanian dan industri asas tani seperti agro bioteknologi.

iii)   Kampus Kota (Kuala Terengganu) akan dijadikan Kolej Perubatan dan Sains Kesihatan Bersekutu.

UniSZA akan memberikan tumpuan kepada aktiviti pengajaran sebagai permulaan dan pada masa yang sama menggerakkan aktiviti penyelidikan bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk membanyakkan lagi pusat kecemerlangan penyelidikan.  Usaha pengantarabangsaan UniSZA akan bermula seawal mungkin dengan menawarkan peluang pendidikan tinggi kepada pelajar serantau dan menggalakkan kehadiran penyelidik dan pengajar asing.

PENGENDALIAN KURSUS

Kursus yang dijalankan di UniSZA adalah secara aplikasi dan amalan di mana lebih kurang 70% dari masa pertemuan pelajar akan melibatkan diri dalam menjalani ujikaji makmal, pembelajaran berbantukan komputer, melaksanakan tugasan, kerja bengkel, latihan industri dan membuat satu projek tahun akhir yang berlandaskan penyelesaian masalah industri.

VISI

UniSZA berhasrat untuk menjadi institusi pengajian tinggi berwajah antarabangsa yang melahirkan dan membentuk pemimpin yang berbakat dan pemikirannya diasuh, diperkaya dengan ilmu, budaya tinggi dan akhlak yang luhur.

 MISI

UniSZA akan menonjol dan mengasah bakat bakal pemimpin dalam pelbagai bidang menerusi usaha merekayasa ilmu, menggalakkan ketelusan dan keterbukaan, menanam sikap pertanggungjawaban dan menghargai pelbagaikan untuk manfaat manusia.

FAKULTI

Program-program yang ditawarkan dikendalikan oleh 9 buah fakulti yang terletak di Kampus Gong Badak, dan Kampus  Kota di Kuala Terengganu, Terengganu.

Fakulti tersebut ialah :

  1. Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
  2. Fakulti Pengajian Pengurusan Perniagaan & Perakaunan
  3. Fakulti Pertanian dan Bioteknologi
  4. Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi
  5. Fakulti Informatik
  6. Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan
  7. Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa
  8. Fakulti Bahasa dan Komunikasi
  9. Fakulti Teknologi Makanan

SISTEM PENGAJIAN

UniSZA melaksanakan sistem pengajian berpandukan sistem semester.  Tahun akademik dibahagikan kepada dua semester lazim iaitu Semester I dan Semester II.  Di samping dua semester lazim ini, terdapat satu semester pendek iaitu semester III (Semester Khas) yang diadakan dalam masa cuti akhir tahun akademik.

KEMASUKAN PELAJAR

Kemasukan pelajar bagi program Ijazah Sarjana Muda adalah terbuka kepada lulusan STPM, Matrikulasi dan Diploma/Sijil yang berkaitan daripada IPTA/Politeknik atau setaraf.

Kemasukan bagi program Diploma adalah terbuka kepada lulusan SPM/SPVM aliran sains/sastera dan Sijil Politeknik atau setaraf.  Pengambilan pelajar UniSZA adalah satu kali setahun iaitu pada Sesi September setiap tahun.

PROGRAM YANG DITAWARKAN

BIL

KOD

 PROGRAM

TEMPOH PENGAJIAN (SEMESTER)

1. 

DI01

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin) dengan Kepujian

7 semester

2.

DI02

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) dengan Kepujian

7 semester

3.

DI07

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah) dengan Kepujian

7 semester

4.

DC10

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) dengan Kepujian

8 semester

5.

DA14

Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) dengan Kepujian

8 semester

6.

DS55

Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Pertanian dengan Kepujian

8 semester

7.

DL00

Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian

8 semester

8.

DE23

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) dengan Kepujian

8 semester

9.

DE02

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian

8 semester

10.

DY01

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan dengan Kepujian

8 semester

11.

DI13

Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Kaunseling dengan Kepujian

7 semester

12. 

DB00

Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Kepujian

8 semester

13. 

DP36

Ijazah Sarjana Muda  Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Risiko & Takaful) dengan Kepujian

8 semester

14.
DH12
Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Perindustrian dengan Kepujian
7 semester
15.
DG47
Ijazah Sarjana Muda Produksi & Kesihatan Haiwan dengan Kepujian
8 semester
16.
DM00
Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan
10 semester
17.
DM05
Ijazah Sarjana Muda Dietetik dengan Kepujian
8 semester
 

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN

Seperti mana lazimnya kemudahan yang disediakan oleh sesebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang lain, UniSZA juga menyediakan kemudahan-kemudahan seperti Perpustakaan, Bengkel dan Makmal Komputer selaras dengan imej sebuah IPTA yang berasaskan aplikasi dan amalan, ruang kuliah yang selesa, perkhidmatan pelajar dan koperasi, pengangkutan, penginapan asrama dan kolej kediaman yang kondusif, perkhidmatan kaunseling dan kerjaya, kafetaria dan lain-lain. Kemudahan pelajar seperti mesin ATM dalam kampus.

KETERANGAN BIASISWA DAN PINJAMAN PENGAJIAN

Pelajar dibenarkan memohon biasiswa/dermasiswa/pinjaman atau lain-lain bantuan kewangan dari badan-badan penganjur yang layak dipohon.  Syarat dan peraturan penajaan dan pinjaman adalah tertakluk kepada pihak yang berkenaan. 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai UniSZA, sila hubungi :

                                       Timbalan Pendaftar Kanan

                                     Universiti Sultan Zainal Abidin

                                           Kampus Gong Badak

                                        21300 Kuala Terengganu

                                    TERENGGANU DARUL IMAN

                                        

                                           No. Tel:09-6653030/3027

                                         No. Faks: 09-6664063

                                       Laman web: www.unisza.edu.my

Comments