UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

NAMA PENUH IPTA / POLITEKNIK PREMIER
:
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
ALAMAT
:
TIMBALAN PENDAFTAR
SEKSYEN PENGAMBILAN PELAJAR
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
ARAS 2, BANGUNAN CANSELORI, USM
11800
 
P.PINANG
NO. TELEFON
:
Talian 1 : +6 04-6533196
Talian 2 : +6 -
Talian 3 : +6 -
Talian 4 : +6 -
NO. FAKS
:
+6 046533328
E-MEL
:
admissions@usm.my
LAMAN WEB
:
http://www.usm.my



1.    PENGENALAN

Universiti Sains Malaysia (USM) ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1969, merupakan salah satu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang kedua tertua di Malaysia. 
Pada tahun 1971, Kampus Induk USM telah didirikan di Bukit Minden, lebih kurang 10km dari Bandaraya Georgetown. Suasana kampus yang nyaman dan harmoni ini menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran.

Kini USM mempunyai tiga (3) kampus cawangan: Kampus Kejuruteraan bertempat di Seri Ampangan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Manakala Kampus Kesihatan bertempat di Kubang Kerian, Kelantan. Mulai pengambilan Sidang Akademik 2010/2011, USM mula menawarkan Program Pengajian Antarabangsa Doktor Perubatan USM - KLE dengan usahasama Karnataka Lingayat Education Society (KLE) yang terletak di Belgaum, Karnataka, India.

Sejak ditubuhkan, USM telah diberikan mandat untuk memberi dan memajukan pengajian tinggi dalam bidang sains dan teknologi yang meliputi Sains Tulen, Sains Gunaan, Perubatan, Kejuruteraan, Pembangunan dan juga bidang Sains Kemasyarakatan, Kemanusiaan dan Pendidikan. USM merupakan institusi yang menyediakan arena untuk penyelidikan, pemajuan dan penyebaran ilmu intelek sains dan kemanusiaan.

USM telah terpilih dan diisytihar sebagai antara empat (4) Universiti Penyelidikan di Malaysia. Pengisytiharan ini amat bermakna dimana USM terus mengungguli IPTA lain dalam memartabatkan bidang penyelidikan di rantau ini. Pada 4 September 2008 pula USM telah diisytihar sebagai Universiti APEX (The Accelerated Programe for Excellence) atau Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan yang pertama di Malaysia. Pengisytiharan ini telah melonjak USM untuk menjadi Universiti yang ternama dan tersohor di dunia selari dengan matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.

USM telah berkembang dengan pesat sejak mula ditubuhkan, bermula dengan pengambilan pelajar seramai 57 orang dalam bidang sains. Kini, USM menawarkan pelbagai program peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah baik bidang sains atau sastera serta mempunyai lebih kurang 20,000 pelajar. USM juga kini lebih dikenali sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang disengani di dalam mahupun luar negara.

 

2.     VISI

 

Transformasi Pengajian Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok

3.     MISI


USM merupakan universiti perintis, intensif penyelidikan rentas bidang yang memperkasakan bakat masa depan dan mengupayakan gologan terkebawah demi mentransformasi kesejahteraan sosioekonomi mereka.  

4.    UNIVERSITI DALAM TAMAN 

Konsep Universiti Dalam Taman yang diadunkan oleh USM ini menunjukkan hubungan akrab di antara peranan dan fungsinya sebagai institusi pengajian tinggi dalam persekitaran taman yang segar. Unsur flora, fauna, air dan ciptaan-ciptaan lain merupakan hubungan yang dinamik dalam penerokaan kehidupan selanjutnya.

Konsep ini mengajak kita untuk mengekalkan kehijauan kampus sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan dunia intelek. Kita perlu semarakkan semangat dan amalan dalam menjaga persekitaran kampus, malah terus menyayangi dan menghargai alam semulajadi dan ekologi yang dianugerahkan Tuhan di hati dan pemikiran pada setiap warga kampus.

Untuk menyedarkan semua pihak terhadap usaha ini, pelbagai unsur perlu diberikan perhatian. Unsur-unsur ini adalah nisbah di dalam pemajuan tanah yang ada, keindahan flora dan fauna, tasek dan keindahan yang berkaitan, rekabentuk dan seni bina serta amalan seluruh warga kampus. 

Usaha murni ini memberikan keindahan yang tiada taranya, menggambarkan kampus yang sungguh menarik, nyaman dan kaya dengan semangat kemanusiaannya. USM menjadi model kehidupan universiti dalam taman yang patut dicontohi dan dicemburui. Ianya merupakan gabungan harmoni persekitaran kampus dalam taman yang menyediakan medan wacana intelek dalam menerokai akal budi ? siapa kita, bagaimana kita mengetahui dan bagaimana kita patut meneruskan kehidupan selanjutnya.

5.    KAMPUS SEJAHTERA 

Kampus Sejahtera adalah inovasi unik USM yang diperkenalkan oleh Naib Canselor, Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak pada tahun 2001 sebagai program Kampus Sejahtera. Sejahtera membawa maksud keamanan, keharmonian, ketenangan dan kesihatan. Secara konsep, Kampus Sejahtera bertujuan untuk membimbing warga USM yang terdiri dari pihak pentadbiran, pensyarah, dan pelajar untuk memfokuskan komitmen dan tanggungjawab mereka terhadap universiti. Setiap individu memainkan peranan melalui inisiatif sendiri, sifat positif, tindakan pro-aktif dan kesukarelaan dalam memelihara pembangunan kampus.

Kampus Sejahtera adalah satu rangka kerja yang meliputi 5 asas. Pertama adalah untuk mencipta pemikiran setiap warga USM untuk mengambil tanggungjawab terhadap kampus. Kedua, berupaya mencipta suasana secara fizikal dan sosial yang kondusif untuk bekerja dan belajar. Ketiga, segala aktiviti di kampus harus menyumbang ke arah pembangunan berterusan yang mesra alam dan seterusnya menghasilkan gaya hidup sihat. Keempat, penyediaan gaya hidup sihat yang berkualiti dan rawatan gigi untuk pelajar dan staf. Dan yang kelima, Kampus Sejahtera sentiasa menyokong setiap aktiviti atau projek yang bermatlamatkan untuk menjadikan USM sebagai kampus yang lestari.

Program ini juga menekankan hidup gaya sihat sebagai kunci kepada penguasaan pengetahuan. Sumber maklumat diutamakan dalam penyediaan perkhidmatan yang berintegrasi. Sehubungan dengan itu sebuah Portal telah dibangunkan, dinamakan sebagai Portal Kampus Sejahtera (http://healthycampus.usm.my) yang mengutamakan capaian umum kepada maklumat aktiviti dan dokumentasi berkaitan dengan kesejahteraan. Maklumat yang berkaitan disediakan dan dapat dibaca atau dimuat turun pada bila-bila masa.


6.     PUSAT-PUSAT PENGAJIAN DI USM


a) Kampus Induk USM, Pulau Pinang

   i.      Pusat Pengajian Pengurusan

 ii.      Pusat Pengajian Sains Komputer

iii.      Pusat Pengajian Komunikasi

iv.      Pusat Pengajian Seni

 v.      Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

vi.      Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

vii.     Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

viii.   Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan

ix.      Pusat Pengajian Teknologi Industri

 x.      Pusat Pengajian Sains Farmasi

xi.      Pusat Pengajian Sains Kajihayat

xii.     Pusat Pengajian Sains Fizik

xiii.    Pusat Pengajian Sains Matematik

xiv.    Pusat Pengajian Sains Kimia

xv.      Pusat Pengajian Bahasa, Literasi & Terjemahan

xvi.    Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh

b) Kampus Kejuruteraan Sri Ampangan, Nibong Tebal, Pulau Pinang

i.    Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam
ii.   Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa
iii.  Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik
iv.  Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia
v.   Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral
vi.  Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

c) Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan

i.   Pusat Pengajian Sains Kesihatan
ii.  Pusat Pengajian Sains Perubatan
iii. Pusat Pengajian Sains Pergigian

d) Kampus India – Karnataka Lingayat Education Society (KLE), Belgaum, Karnataka, India


7.    PUSAT-PUSAT PENYELIDIKAN & KECEMERLANGAN

7.1    Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia
7.2    Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN)
7.3    Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM)
7.4    Institut Perubatan & Pergigian Termaju
7.5    Pelantar Penyelidikan Bio-Perubatan dan Sains Kesihatan
7.6    Pelantar Penyelidikan Kejuruteraan dan Teknologi / Unit Inovasi dan Pembangunan Teknologi Kejuruteraan
7.7    Pelantar Penyelidikan Sains Fundamental
7.8    Pelantar Penyelidikan Sains Hayat
7.9    Pelantar Penyelidikan Sains Klinikal
7.10   Pelantar Penyelidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
7.11   Pelantar Penyelidikan Transformasi Sosial
7.12   Pusat Genom Manusia (Pusat Virtual)

7.13   Pusat IPv6 Termaju Negara (NAv6)

7.14   Pusat Kajian Antarabangsa

7.15   Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)

7.16   Pusat Kajian Samudera & Pantai (CEMACS)

7.17   Pusat Kawalan Doping

7.18   Pusat Penyelidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (CETREE)

7.19   Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia

7.20   Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita

7.21   Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-ubatan

7.22   Pusat Penyelidikan Dasar

7.23   Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar

7.24   Pusat Rekabentuk Mikroelektronik Negara (CEDEC)

7.25   Pusat Racun Negara

7.26   Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia

7.27   Unit Penyelidikan Ilmu Falak & Sains Atmosfera

7.28   Unit Penyelidikan Haiwan Makmal

7.29   Unit Penyelidikan Kawalan Vektor

7.30   Unit Penyelidikan Pendidikan Asas (UPPA)

7.31   Unit Penyelidikan dan Pendidikan untuk Perdamaian (REPUSM)

7.32   Unit Terjemahan Melalui Komputer

7.33   Sekretariat Falsafah & Sains Islam (SEFSI)

7.34   Sekretariat Kampus Sejahtera

 

8.     USM PILIHAN PERTAMA

8.1    Diisytihar sebagai APEX University (The Accelerated Pro
gramme for Excellence) atau Program Pemacuan Untuk 
        Kecemerlangan yang pertama di Malaysia.
8.2    Diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan yang sentiasa menggalakkan aktiviti kajian dan penyelidikan.
8.3    Hasil penyelidikan USM terbukti bertaraf internasional dengan kemenangan pelbagai anugerah di pertandingan 
         penyelidikan antarabangsa.
8.4    Suasana kampus yang harmoni, kondusif yang mengamalkan konsep Universiti Dalam Taman dan Kampus Sejahtera.
8.5    Program-program pengajian multi-disiplin yang diiktiraf dunia.
8.6    Interaksi rapat antara pusat pengajian dan industrialis serta syarikat-syarikat korporat telah mendedahkan para  
         pelajar tentang perkembangan terkini yang berkaitan dengan bidang pelajaran mereka.

9.    PENCAPAIAN USM

Keunggulan USM dalam bidang penyelidikan di iktiraf dunia melalui penganugerahan geran-geran dan projek-projek penyelidikan. Penyertaan USM dalam pameran penyelidikan, penganugerahan-penganugerahan berprestij dari dalam dan luar negara dan pengiktirafan yang diterima oleh staf setiap tahun menunjukkan USM berada dalam kelas kecermelangan pada peringkat antarabangsa.  Eksplorasi para saintis kita ke benua Antartika penemuan dan penerokaan & ilmu-ilmu baru  turut mengukuhkan lagi persepsi mata dunia terhadap tahap dan mutu penyelidikan di USM. Telah berjaya merangkul pelbagai anugerah kecemerlangan di symposium penyelidikan dalam dan luar negara antaranya;

9.1    Ekspo Sains & Teknologi di Malaysia
9.2    ITEX Malaysia, MOSTE di Malaysia
9.3    Seoul International Inventation di Korea Selatan
9.4    International News Product Exposition (INPEX) di Amerika Syarikat
9.5    International New Products Exposition (INPEX) di Geneva
9.6    Khwarizmi International Award di Iran

9.7    IENA di Jerman.
9.8    Penemuan Perak Man di Kota Tampan, Perak oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi USM merupakan eksplorasi persejarahan yang

         paling bernilai di Asia Tenggara.

9.9    The BrandLaureate Award 2008-2009 – Best Brand in Education-Tertiary (Higher Education)

9.10   Reader’s Digest Trusted Brand 2009 - University (Gold Winner)

9.11   Penemuan penempatan terawal manuasia oleh Pusat Arkeologi USM di Bukit Buruh, Lenggong, Perak.

9.12   Penemuan genom getah.

9.13   Penghasilan motosikal elektrik yang mampu mengurangkan kos pemilikan & penyelenggaraan.

10.     
KEMUDAHAN AWAM DI USM

10.1    Kemudahan Bank

          a. Bank Simpanan Nasional
          b. Bank CIMB Malaysia Berhad
          c. Bank Islam Berhad (Perbankan Elektronik)
          d. Bank Muamalat


10.2    Kemudahan Kedai

          a. Kedai Mahasiswa
          b. Kedai Buku
          c. Kedai Farmasi


10.3    Kafetaria
10.4    Masjid 
10.5    Pusat Kesihatan
10.6    Rumah Tetamu


10.7    Kemudahan-kemudahan Sukan

          a. Stadium Hoki
          b. Stadium Bolasepak & Olahraga
          c. Kolam Renang
          d. Kompleks Sukan – Badminton, Squash, Gymnasium

          e. Padang Golf

          f.  Tenis
          g. Bola jaring
          h. Bola keranjang

11.     KURSUS-KURSUS IJAZAH SARJANA MUDA YANG DITAWARKAN DI USM BAGI SIDANG AKADEMIK 2012 / 2013:-

PUSAT PENGAJIAN

PROGRAM PENGAJIAN

KOD

KAMPUS INDUK USM, PULAU PINANG

ILMU 
KEMANUSIAAN

1

Sarjana Muda Sastera (Kepujian) 
Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Geografi, Sejarah, Kesusasteraan

SA00

2

Sarjana Muda Sastera (Kepujian) 
Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan

SB00

3

Sarjana Muda Sastera (Kepujian) 
Terjemahan dan Interpretasi

SB01

SAINS 
KEMASYARAKATAN

4

Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) 
Antropologi dan Sosiologi, Ekonomi, Sains Politik, Perancangan & Pengurusan Pembangunan

SA03

5

Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) 
Kerja Sosial

SA09

6

Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian)

SE00

SENI

7

Sarjana Muda Seni Muzik (Kepujian)
Seni Persembahan dan Pedagogi

SA05

8

Sarjana Muda Seni Halus(Kepujian) 
Lakonan & Pengarahan

SA06

9

Sarjana Muda Sastera (Kepujian)
Seni Halus

SA07

10

Sarjana Muda Seni Halus (Kepujian)
Grafik Komunikasi

SA11

11

Sarjana Muda Seni Halus (Kepujian)
Rekabentuk Teknologi Media Baru

SA54

12

Sarjana Muda Seni Halus (Kepujian)
Rekabentuk Produk

SA55

KOMUNIKASI

13

Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) 
Filem & Penyiaran, Komunikasi Pemujukan, Kewartawanan

SA02

PENGURUSAN

14

Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)

SE02

15

Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian) 
Organisasi, Pemasaran, Kewangan, Operasi, Perniagaan Antarabangsa

SP00

SAINS 
MATEMATIK

16

Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) 
Pemodelan Matematik

SG05

17

Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) 
Statistik Gunaan

SG06

18

Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) 
Matematik dan Ekonomi

SG21

19

Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) 
Penyelidikan Operasi

SG25

20

Sarjana Muda Sains (Kepujian) 
Matematik

SS08

PERUMAHAN, BANGUNAN & PERANCANGAN

21

Sarjana Muda Sains [Perumahan, Bangunan & Perancangan] (Kepujian) 
Senibina

SH03

22

Sarjana Muda Sains [Perumahan, Bangunan & Perancangan] (Kepujian) 
Perancangan Bandar & Wilayah

SH04

23

Sarjana Muda Sains [Perumahan, Bangunan & Perancangan] (Kepujian) 
Ukur Bangunan

SH05

24

Sarjana Muda Sains [Perumahan, Bangunan & Perancangan] (Kepujian) 
Ukur Bahan

SH06

25

Sarjana Muda Sains [Perumahan, Bangunan & Perancangan] (Kepujian) 
Pengurusan Binaan

SH08

26

Sarjana Muda Sains [Perumahan, Bangunan & Perancangan] (Kepujian) 
Rekabentuk Dalaman

SH10

27

Sarjana Muda Sains [Perumahan, Bangunan & Perancangan] (Kepujian) 
Teknologi Bangunan

SH13

ILMU 
PENDIDIKAN

28

Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan (Kepujian) 
Bahasa Malaysia, Geografi, Sejarah

ST01

29

Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian)
Pendidikan Khas

ST10

30

Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian)
TESOL

ST39

SAINS 
KOMPUTER

31

Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) 
Perkomputeran & Kejuruteraan Perisian, Kejuruteraan Maklumat, Sistem & Teknologi Komputer

SC00

SAINS 
FARMASI

32

Sarjana Muda Farmasi

SF00

SAINS 
FIZIK

33

Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) 
Fizik Gunaan

SG00

34

Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) 
Geofizik

SG01

35

Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) 
Fizik Perubatan

SG28

36

Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) 
Fizik Kejuruteraan

SG29

37

Sarjana Muda Sains (Kepujian) 
Fizik

SS15

SAINS 
KAJIHAYAT

38

Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) 
Bioteknologi, Agrobiologi, Biologi Akuatik, Biologi Persekitaran, Biologi & Pengurusan Vektor & Parasit

SG02

39

Sarjana Muda Sains (Kepujian) 
Mikro Biologi, Biologi Tumbuhan, Biologi Haiwan

SS02

SAINS 
KIMIA

40

Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) 
Kimia Analisis

SG03

41

Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) 
Kimia Industri

SG04

42

Sarjana Muda Sains (Kepujian) 
Kimia

SS28

TEKNOLOGI 
INDUSTRI

43

Sarjana Muda Teknologi (Kepujian) 
Makanan

SY01

44

Sarjana Muda Teknologi (Kepujian) 
Biosumber, Kertas dan Penglitup

SY03

45

Sarjana Muda Teknologi (Kepujian) 
Persekitaran

SY06

46

Sarjana Muda Teknologi (Kepujian) 
Bioproses

SY07

BAHASA, LITERASI & TERJEMAHAN

47

Sarjana Muda Sastera (Kepujian)
Bahasa Inggeris Untuk Profesional

SB02

KAMPUS KEJURUTERAAN SRI AMPANGAN, NIBONG TEBAL, PULAU PINANG

KEJURUTERAAN 
AWAM

48

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) 
Kejuruteraan Awam

SK01

KEJURUTERAAN 
ELEKTRIK & ELEKTRONIK

49

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) 
Kejuruteraan Elektronik

SK86

50

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) 
Kejuruteraan Elektrik

SK23

51

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) 
Kejuruteraan Mekatronik

SK24

KEJURUTERAAN 
KIMIA

52

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) 
Kejuruteraan Kimia

SK03

KEJURUTERAAN

MEKANIK

53

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) 
Kejuruteraan Mekanik

SK04

54

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) 
Kejuruteraan Pembuatan Dengan Pengurusan

SK13

KEJURUTERAAN 
AEROANGKASA

55

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) 
Kejuruteraan Aeroangkasa

SK15

KEJURUTERAAN 
BAHAN &
SUMBER
MINERAL

56

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) 
Kejuruteraan Sumber Mineral

SK06

57

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) 
Kejuruteraan Bahan

SK12

58

Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) 
Kejuruteraan Polimer

SK32

KAMPUS KESIHATAN, KUBANG KERIAN, KELANTAN

SAINS

PERGIGIAN

59

Doktor Pergigian

SD00

SAINS

PERUBATAN

60

Doktor Perubatan

SM00

SAINS 
KESIHATAN

61

Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kepujian) 
Bioperubatan

SM03

62

Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kepujian) 
Sinaran Perubatan

SM04

63

Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kepujian) 
Dietetik

SM05

64

Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kepujian) 
Pemakanan

SM06

65

Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kepujian) 
Audiologi

SM07

66

Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kepujian) 
Kesihatan Persekitaran & Pekerjaan

SM10

67

Sarjana Muda Sains (Kepujian) 
Sains Forensik

SM11

68

Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kepujian) 
Kejururawatan

SM12

69

Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kepujian) 
Patologi Pertuturan

SM17

70

Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kepujian) 
Sains Senaman dan Sukan

SM18

 

 

12.      MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi :-

Puan Mazula Sabudin
Timbalan Pendaftar
Seksyen Pengambilan Pelajar
Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar
Aras 2, Bangunan Canselori
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Pulau Pinang.

Talian Bebas Tol       :     1 300 888 876

Tel                          :     04-6533196
Faks                        :     04-6533328
Emel                       :     mazula@notes.usm.my
Laman Web             :     http://www.usm.my

Comments