UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

NAMA PENUH IPTA / POLITEKNIK PREMIER
:
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)
ALAMAT
:
KETUA PENOLONG PENDAFTAR
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PENDAFTAR
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
57000
 
W.P. KUALA LUMPUR
NO. TELEFON
:
Talian 1 : +6 03-90513453
Talian 2 : +6 03-90513454
Talian 3 : +6 03-90513407
NO. FAKS
:
+6 0390562511
E-MEL
:

LAMAN WEB
:
http://www.upnm.edu.my


LATAR BELAKANG

Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian diperingkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang telah di wartakan pada 10 November 2006. Walaupun UPNM akan memulakan pengambilan kumpulan pertama pelajarnya pada sesi 2007/2008, sebenarnya ia telah mempunyai pengalaman mengendalikan program pengajian di peringkat Sarjana Muda selama 11 tahun iaitu dari tahun 1995 hingga 2006 melalui program kerjasama antara Kementerian Pertahanan dengan Universiti Teknologi Malaysia. Seramai lebih kurang 1017 graduan telah dikeluarkan dalam tiga bidang yang merangkumi Kejuruteraan, Sains dan Pengurusan. Di samping memperoleh kelayakan profesional, semua graduan telah di tauliahkan sebagai Pegawai ATM dan mereka sedang berkhidmat di pelbagai unit dalam Tentera Darat, Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia.

FALSAFAH

Sebagai sebuah institusi nasional yang ulung yang berperanan khas mengeluarkan pemimpin yang menyerlah dengan keupayaan intelek yang tinggi serta sifat yang terpuji dan komited untuk berbakti sepenuhnya kepada negara dalam menegakkan dan memperjuangkan kepentingan strategiknya.

MISI

Untuk mendidik dan merangsang pemimpin masa depan supaya gigih berusaha untuk mencapai tahap kesarjanaan yang tinggi serta kecekapan yang jitu dalam bidang ketenteraan.

OBJEKTIF

  • Menyediakan asas pengetahuan yang kukuh dan seimbang dalam bidang Kemanusiaan, Pengurusan, Sains dan Teknologi, serta menerap daya usaha intelektual melalui pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan usaha kesarjanan yang bertaraf antarabangsa.
  • Menanam semangat kesetiaan dan patriotisma yang tinggi untuk berbakti kepada Negara dengan berbekalkan ilmu, kemahiran serta kecekapan asas ketenteraan.
  • Membangunkan warga yang mempunyai tanggungjawab sosial dengan berteraskan kepada unsur-unsur kerohanian, etika dan moral yang terpuji.
  • Membentuk pemimpin masa depan yang memahami, menghayati, dan mempunyai sikap toleransi terhadap kepelbagaian etnik, budaya dan agama.
  • Membekalkan pemimpin masa depan dengan kebolehan berkomunikasi, penguasaan bahasa dan kemahiran sosial.
  • Menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang Teknologi Pertahanan, Ekonomi dan Diplomasi, Hal Ehwal Ketenteraan serta Pengajian Strategik dan Keselamatan.

MOTO

KEWAJIPAN, MARUAH DAN INTEGRITI

(Duty, Honor and Integrity)

LOKASI

UPNM akan beroperasi dari kampusnya yang terletak di Kem Sg. Besi, Kuala Lumpur. Kampus ini yang siap pembinaannya pada tahun 2002, mempunyai kemudahan pembelajaran, blok penginapan dan padang sukan serta kawasan rekreasi yang sesuai dengan keperluan sebuah institusi pengajian tinggi.

Pelajar awam dibenarkan memohon biasiswa/dermasiswa/pinjaman atau lain-lain bantuan kewangan dari badan-badan penganjur yang layak dipohon. Syarat dan peraturan penajaan dan pinjaman adalah tertakluk kepada pihak yang berkenaan. Antara penaja yang boleh membiayai pengajian di UPNM adalah seperti berikut:
  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • Tabung Amanah Pendidikan Negeri
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  • Yayasan Tenaga Nasional
  • Kementerian Belia dan Sukan
  • Majlis Agama Negeri
  • Lain-lain

PROGRAM BAHARU YANG DITAWARKAN OLEH UPNM

  • IJAZAH SARJANA MUDA DOKTOR PERUBATAN (ZM00)
Mulai Sesi Akademik 2011/2012, UPNM akan menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Perubatan Pertahanan (ZM00).

Pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan akan mengikuti pengajiannya di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan yang terletak di Seksyen 2, Wangsa Maju. Hospital ini telah dikenalpasti sebagai Hospital Pengajar kepada semua pelajar Program Sarjana Muda Doktor Perubatan di UPNM.

KEHIDUPAN DI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA SEBAGAI PELAJAR


Kehidupan sebagai pelajar di UPNM berorientasikan disiplin yang tinggi. Semua pelajar UPNM akan menginap di dalam kampus kerana UPNM mempunyai kemudahan asrama yang mencukupi untuk menampung semua pelajar. Pegawai Kadet UPNM adalah diwajibkan menyertai latihan ketenteraan seperti yang telah ditetapkan oleh UPNM. Manakala pelajar awam perlu mengikuti Latihan PALAPES. Latihan yang dijalankan ini bertujuan untuk melahirkan graduan UPNM yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan yang tinggi malah mempunyai kekuatan fizikal yang jitu bagi menempuh alam pekerjaan kelak.

Semua pelajar UPNM juga akan mengalami kehidupan regimented dan kurang bebas seperti yang dinikmati oleh pelajar IPTA lain. Walau bagaimanapun, kehidupan yang kurang bebas ini telah disusun dan dikawal bagi memastikan pelajar-pelajar UPNM sentiasa berada dalam keadaan disiplin yang tinggi. Para pelajar perlu berjalan dalam kumpulan dan bergerak dari asrama ke dewan kuliah. Ini sejajar dengan amalan tentera yang berdisiplin.

Selain itu, waktu kuliah telah ditetapkan mulai jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang setiap hari. Manakala pada waktu petang, semua pelajar diwajibkan berada di padang untuk bersukan. Pada waktu malam pula, pelajar UPNM akan mengikuti kelas ganti (sekiranya ada) ataupun mengulang kaji pelajaran. Kesemua jadual harian perlu dipatuhi oleh semua pelajar iaitu Pegawai Kadet dan pelajar awam.

Pelajar di UPNM telah diwajibkan untuk menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan bahasa asing (Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyol, Bahasa Mandarin, Bahasa Arab, Bahasa Jepun, Bahasa Rusia). Kelas bahasa asing turut dijalankan pada waktu malam kerana tenaga pengajar terdiri daripada tenaga pengajar sambilan.


KEPERLUAN FIZIKAL PELAJAR AWAM UPNM

Calon-caon yang memohon ke UPNM melalui Kategori STPM/Setaraf adalah dikategorikan sebagai Pelajar Awam. Walau bagaimanapun, ciri-ciri fizikal seperti berikut ditekankan semasa permohonan masuk ke UPNM kelak :

  • Tinggi (minimum)  :  1.62 m (lelaki)
                                 :  1.57 m (perempuan
  • Berat (minimum)   :  47.5 kg (lelaki)
                                    45.0 kg (perempuan)
  • Body Mass Index   :  17 hingga 27
  • Penglihatan          :  Tidak cacat penglihatan serta tidak rabun warna
  • Penyakit              :  Tidak mempunyai penyakit yang akut (lelah, semput, sawan dan sebagainya) serta tidak mempunyai penyakit keturunan


PELUANG KERJAYA

Peluang kerjaya bagi Pelajar Awam UPNM adalah sangat luas dalam perkhidmatan awam dan swasta. Antara peluang kerjaya tersebut adalah seperti berikut :

  • Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (Memohon kepada Kementerian Pertahanan untuk menyertai Skim Pegawai Graduan)
  • Jurutera
  • Penganalisis sistem dalam sektor perbankan
  • Jurutera perisian dan sistem komputer
  • Pentadbir profesional
  • Peruding keselamatan
  • Pengurus projek
  • Pengaturcara
  • Penyelidik
  • Bidang maritim
  • Pegawai diplomatik
  • Pegawai Laut

MAKLUMAT LANJUT:-

Segala pertanyaan mengenai Program Ijazah Sarjana Muda boleh dikemukakan kepada :‑

Ketua Penolong Pendaftar

Bahagian Pengurusan Akademik

Jabatan Pendaftar

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 

Kem Sungai Besi

57000 Kuala Lumpur


atau


Penolong Pendaftar

Unit Kemasukan dan Promosi

Bahagian Pengurusan Akademik

Jabatan Pendaftar

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Kem Sungai Besi

57000 Kuala Lumpur


Telefon    : 03-90513400
Faks        : 03-90562511
Laman Web : http://www.upnm.edu.my 

Comments