UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)


NAMA PENUH IPTA / POLITEKNIK PREMIER
:
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
ALAMAT
:
BAHAGIAN AKADEMIK
BANGUNAN CANSELERI DAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

21030
 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU
NO. TELEFON
:
Talian 1 : +6 09-6684532
Talian 2 : +6 09-6684219
Talian 3 : +6 -
Talian 4 : +6 -
NO. FAKS
:
+6 096684143
E-MEL
:
akademik@umt.edu.my
LAMAN WEB
:
http://www.umt.edu.my



PENGENALAN

Universiti Malaysia Terengganu bermula dari Pusat Perikanan dan Sains Samudera di bawah payung Universiti Putra Malaysia bertempat di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu yang menyediakan kemudahan latihan kepada para pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera dan kemudahan penyelidikan kepada pensyarah.  Perpindahan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera, Universiti Putra Malaysia (UPM) dari Serdang ke Kuala Terengganu telah melahirkan kampus cawangan yang dinamakan Universiti Putra Malaysia cawangan Terengganu (UPMT) pada Jun 1996 dan nama fakulti telah diubah kepada Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi.  Turut ditubuhkan ialah Fakulti Sains dan Sastera Ikhtisas serta Pusat Pengajian Matrikulasi.

Penubuhan Kolej Universiti Terengganu (KUT) telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 5 Mei 1999 sebagai kampus bersekutu UPM.  Kolej Universiti Terengganu telah diberi kuasa autonomi pada 1 Mei 2001 dan dinamakan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) pada 20 Jun 2001 selaras dengan hasrat kerajaan supaya kolej ini menerajui bidang-bidang sains dan teknologi.

Pada tanggal 1 Februari 2007, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia sekali lagi memahat sejarah dengan nama barunya sebagai Universiti Malaysia Terengganu.

Sejak penubuhannya, Universiti Malaysia Terengganu telah melalui transformasi yang hebat dari sebuah Kolej Universiti yang kurang dikenali kepada sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang berjaya dengan program-program pra dan pasca siswazahnya dan cemerlang melakar nama di persada dunia dalam bidang penyelidikan sains, teknologi dan pengurusan sumber alam.  Lokasi Universiti Malaysia Terengganu yang amat strategik bersempadankan Laut China Selatan dan keunikan Pantai Rantau Abang sebagai kawasan pendaratan penyu membolehkan Universiti Malaysia Terengganu menjadi sebuah institusi terunggul dalam beberapa bidang pengkhususan  seperti Penyelidikan dan Pemuliharaan Penyu, Penyelidikan dan Pemuliharaan Hutan Paya Bakau, Pengurusan dan Pemuliharaan Biodiversiti, Akuakultur Tropika dan Bioteknologi Marin.  Universiti Malaysia Terengganu komited untuk terus melangkah maju dan bergerak seiring dengan wawasan dan keperluan Negara dengan penubuhan Institut Oseanografi, Institut Akuakultur Tropika dan Institut Bioteknologi Marin.

VISI

Visi UMT adalah "Menjadi institusi penjana, penyebar dan pengaplikasi ilmu berinovatif serta pemangkin kepada pembangunan insan progresif dan persekitaran mapan".

MISI

Misi UMT adalah "Memacu bidang Sains, Teknologi dan Pengurusan Sumber Alam melalui penjanaan program pengajian dan penyelidikan cemerlang ke arah pembangunan insan yang menjamin kelestarian agama, bangsa dan negara".

FAKULTI

Universiti Malaysia Terengganu mempunyai enam (6) buah fakulti seperti berikut:

    1.   Fakulti Sains dan Teknologi
    2.   Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
    3.   Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan
    4.   Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin
    5.   Fakulti Pembangunan Sosial
    6.   Fakulti Perikanan dan Akua - Industri

Setiap fakulti yang ditubuhkan mempunyai peranan masing-masing bagi membantu merealisasikan visi dan misi Universiti Malaysia Terengganu.

Fakulti Sains dan Teknologi

Program-program yang ditawarkan oleh fakulti ini adalah seperti berikut :

  1. GC10 - Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)
  2. GC28 - Sarjana Muda Sains Komputer dengan Informatik Maritim
  3. GS02 - Sarjana Muda Sains (Sains Biologi)
  4. GS28 - Sarjana Muda Sains (Sains Kimia)
  5. GS03 - Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti)
  6. GS08 - Sarjana Muda Sains (Matematik Komputasi)
  7. GS43 - Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan)
  8. GS44 - Sarjana Muda Sains (Kimia Analisis dan Persekitaran) 
  9. GS15 - Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Elektronik dan Instrumentasi)
  10. GY06 - Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar)

Fakulti Pengurusan dan Ekonomi

Program-program yang ditawarkan oleh fakulti ini adalah seperti berikut :

  1. GE02 - Sarjana Muda Perakaunan
  2. GE00 - Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam)
  3. GP22 - Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran)
  4. GP08 - Sarjana Muda Pengurusan (Pelancongan)       

Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan

Program-program yang ditawarkan oleh fakulti ini adalah seperti berikut :

    1.   GG09 - Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) 
    2.   GS04 - Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan)  
    3.   GG31 - Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Teknologi Lepas Tuai)

Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin

Program-program yang ditawarkan oleh fakulti ini adalah seperti berikut :

  1. GG15 - Sarjana Muda Sains (Sains Samudera)
  2. GS40 - Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) 
  3. GP18 - Sarjana Muda Pengurusan (Maritim)
  4. GG37 - Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim)
  5. GS68 - Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim)

Fakulti Pembangunan Sosial

Program-program yang ditawarkan oleh fakulti ini adalah seperti berikut :

  1. GP04 - Sarjana Muda Kaunseling
  2. GP31 - Sarjana Muda Pengurusan (Polisi dan Sekitaran Sosial)

Fakulti Perikanan dan Akua - Industri

Program-program yang ditawarkan oleh fakulti ini adalah seperti berikut :

  1. GG10 - Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)
  2. GG27 - Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur) 
  3. G2051 - Diploma Perikanan

KETERANGAN LANJUT

Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai Universiti Malaysia Terengganu, sila hubungi :

Bahagian Akademik
Bangunan Canseleri dan Pentadbiran
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Terengganu 
Terengganu Darul Iman.

Tel : 09-668 4532/4219
Faks : 09-668 4143 
Laman Web : www.umt.edu.my

Comments