UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)

NAMA PENUH IPTA / POLITEKNIK PREMIER
:
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)
ALAMAT
:
PENDAFTAR
BAHAGIAN PENGAJIAN PRASISWAZAH
ARAS G, BANGUNAN CANSELORI
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
94300
 KOTA SAMARAHAN
SARAWAK
NO. TELEFON
:
Talian 1 : +6 08-2581000
Talian 2 : +6 08-2581166
Talian 3 : +6 08-2581046
Talian 4 : +6 08-2581063
NO. FAKS
:
+6 082581048
E-MEL
:
admin@bpps.unimas.my
LAMAN WEB
:
http://www.unimas.my


PENGENALAN

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah ditubuhkan pada 24 Disember 1992. Ia merupakan universiti pertama ditubuhkan selepas pengisytiharan Wawasan 2020 untuk memenuhi permintaan pendidikan tinggi serta menampung keperluan guna tenaga yang meningkat. Lokasinya di Sarawak dijangka mempercepatkan pembangunan rantau ini serta proses integrasi nasional.

Terdapat 8 fakulti yang menawarkan pelbagai program pengajian iaitu:

  • Fakulti Ekonomi dan Perniagaan
  • Fakulti Kejuruteraan
  • Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
  • Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
  • Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
  • Fakulti Sains Sosial
  • Fakulti Sains dan Teknologi Sumber
  • Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

KEDUDUKAN SEMASA

Pada sesi akademik 2012/2013, UNIMAS menawarkan sebanyak 37 program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda. Sehingga ini, seramai lebih kurang 9160 orang pelajar sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di UNIMAS. 

SISTEM PENGAJIAN

UNIMAS mengamalkan sistem semester iaitu satu sesi akademik dibahagi kepada 2 semester. Setiap semester mengambil masa 17 minggu iaitu 14 minggu perkuliahan, 1 minggu penggulungan dan 2 minggu peperiksaan. Manakala pengajian antarsesi dikhaskan kepada pelajar untuk menjalani latihan industri, latihan mengajar dan praktikum. 

Program pengajian di UNIMAS adalah berteraskan :

  • Pembangunan individu secara total supaya siswazah mempunyai imbangan dari segi sikap autonomi, bekerjasama dan berangkaian - boleh berfikir, berhujah dan bekerja tanpa arahan terperinci dari pihak atasan dan sanggup beriltizam untuk saling bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama.
  • Pendidikan untuk Keterampilan (Education for Capability) di mana pelajar dibimbing melalui pembelajaran ilmu dan juga perolehan keterampilan supaya mereka bukan sahaja memiliki ilmu dalam bidang masing-masing, tetapi boleh menggunakan ilmu dan keterampilan ini dalam tugas dan hidup seharian dalam keadaan yang sedia ada mahupun dalam suasana kerja dan kehidupan baru pada masa akan datang.
  • Program pengajian yang memungkinkan siswazahnya berfikiran luas, terbuka, matang dan berpandangan jauh, di samping membina keikhtisasan agar menjadi profesional yang berkemampuan, berwaspada, peka dan berupaya bertindak balas mengikut perubahan serta menguasai dan memungkinkan mengarah perubahan.
  • Untuk mencapai hasrat ini, program pengajian dirangkakan dalam konteks penerapan ilmu berbagai-bagai disiplin, untuk memenuhi keperluan masyarakat dan industri. Ia berorientasikan amali supaya siswazah dibekalkan dengan keperluan kerjaya dan sosial.

Setiap pelajar dalam sesebuah program dikehendaki mengikuti sejumlah kredit kursus dari kumpulan teras, pembangunan generik dan pelengkap sebagai syarat bergraduat.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada:

Pendaftar
Bahagian Pengajian Prasiswazah
Aras G, Bangunan Canselori
Universiti Malaysia Sarawak
94300 Kota Samarahan
Sarawak

Tel: 082-581000/1166/1060/1046/1063
Faks: 082-581048
Laman Web: http://www.unimas.my

Comments