UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

NAMA PENUH IPTA / POLITEKNIK PREMIER
:
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
ALAMAT
:
BAHAGIAN PERKHIDMATAN AKADEMIK
BANGUNAN KOMPLEKS DEWAN KULIAH PUSAT 2
JALAN UMS

88400
 KOTA KINABALU
SABAH
NO. TELEFON
:
Talian 1 : +6 -088320213
Talian 2 : +6 -088321259
Talian 3 : +6 -088320053
Talian 4 : +6 -088320701
NO. FAKS
:
+6 088320090
E-MEL
:
pejakdmk@ums.edu.my
LAMAN WEB
:
http://www.ums.edu.my



PENGENALAN

Latar Belakang dan Sejarah

Universiti Malaysia Sabah (UMS) ialah universiti awam yang  ke-9 ditubuhkan pada tahun 1994. Ia mula mengambil pelajar pada tahun 1995 dimana bilangan kumpulan pelajar pertamanya ialah seramai 205 orang. UMS kini mempunyai dua kampus iaitu Kampus Induk di Teluk Sepanggar dan juga Kampus Cawangan di Wilayah Persekutuan Labuan dan sebuah Sekolah Pertanian Lestari di Sandakan, Sabah. Pada awal penubuhannya UMS hanya mempunyai tiga buah sekolah iaitu Sekolah Sains dan Teknologi, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi dan Sekolah Sains Sosial serta sebuah pusat pengajian liberal iaitu Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa. 

Sehingga kini, UMS telah menubuhkan sepuluh buah lagi sekolah iaitu Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial, Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan, Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa, Sekolah Pengajian Seni, Sekolah Perubatan dan Sekolah Pertanian Lestari. Manakala  dua buah sekolah iaitu Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan dan Sekolah Sains Informatik Labuan ditubuhkan di Kampus Antarabangsa Labuan. Bagi menjalankan fungsi kecemerlangan dalam penyelidikan , UMS juga mempunyai tiga buah institut penyelidikan iaitu Institut Penyelidikan Biologi Tropika dan Pemuliharaan, Institut Penyelidikan Marin Borneo dan Institut Penyelidikan Bioteknologi. 

Universiti ini dibina untuk memenuhi keperluan pembangunan sumber tenaga manusia yang berilmu dan berketerampilan dalam negara yang pesat membangun untuk menjadi sebuah negara industri.  UMS beriltizam untuk berbakti kepada komuniti negara dan antarabangsa melalui pengajaran, penyelidikan dan khidmat bakti yang mencipta keunggulan, kemajuan dan kesejahteraan yang tinggi. Bagi merealisasikan hasrat itu, UMS menawarkan program-program akademiknya berdasarkan tiga komponen asas  kursus iaitu kursus-kursus teras universiti, teras sekolah dan teras program.

Teras Universiti

Kursus teras universiti (TU)ditawarkan melalui Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) dan Pusat Ko-kurikulum dan Pemajuan Pelajar yang menawarkan kursus-kursus ko-kurikulum.  Kursus-kursus yang ditawarkan oleh PPIB akan mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek yang berkaitan dengan falsafah perbandingan, kesusasteraan, kesenian, falsafah dan kaedah sains, analisis sosial, sejarah, dasar pembangunan, hal-ehwal sosioekonomi dan perhubungan antarabangsa Malaysia serta pengetahuan komputer.  Selain daripada itu, pelajar juga akan didedahkan kepada pengetahuan akhlak, etika, perbandingan peradaban dunia (Islam Asia dan barat), budaya-budaya utama dunia dan kemahiran berbahasa.  Manakala Pusat Ko-kurikulum dan Pemajuan Pelajar pula menawarkan kursus yang bercorak kemahiran merangkumi komponen kemahiran, keterampilan, kepimpinan dan kemasyarakatan, keusahawanan, waja diri dan Pasukan Pakaian Seragam.

Teras Sekolah & Program

Kursus-kursus teras sekolah (TS) dan program (TP) adalah komponen  utama program pengajian seseorang pelajar yang akan dipelajari secara mendalam dan dianggap sebagai bidang pengkhususannya.

Kursus Minor/Elektif

Kursus minor/elektif adalah kursus antara disiplin dan bidang sebagai pengkhususan kedua pelajar.  Sebagai contoh, pelajar yang mengkhusus dalam program Biologi Pemuliharaan di Sekolah Sains dan Teknologi boleh menggabungkan kursus dalam program Ekonomi di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi sebagai kursus Minor dan begitulah juga sebaliknya.  Mulai Sesi 2000/2001, UMS telah memperkenalkan pakej Minor/Elektif dari setiap sekolah sama ada dalam aliran Sains atau Sastera untuk diambil oleh pelajar dari aliran yang bersesuaian dengan kehendak pasaran alam kerjaya mereka kelak yang semakin tinggi persaingannya.

Kedudukan Semasa

UMS menawarkan sebanyak enam puluh empat (64) program pengkhususan  melalui tiga belas (13) buah sekolah bagi membolehkan pelajar dianugerahkan dengan salah satu ijazah sarjana muda dengan kepujian seperti berikut :

  • Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Seni Visual dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa (Kewangan Antarabangsa) dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Kewangan Antarabangsa (Perbankan Antarabangsa dan Luar Pesisir) dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Pemasaran Antarabangsa dengan Kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Kewangan Antarabangsa (Ekonomi Kewangan Antarabangsa) dengan kepujian
  • Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam dengan Kepujian
  • Ijazah Doktor Perubatan

Pilihan ke program pengkhususan yang tepat adalah berdasarkan kepada kelayakan minimum yang diperolehi dan bersesuaian dengan minat pelajar.  Ini merupakan aspek penting bagi memastikan pelajar dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang dan dianugerahkan ijazah di akhir pengajian kelak.

 

Alamat : 

Ketua
Bahagian Perkhidmatan Akademik
Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS
88400 Kota Kinabalu
SABAH
(Tel : 088-320213)
(Faks : 088-320090) 
Laman Web : www.ums.edu.my

Comments