UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)

NAMA PENUH IPTA / POLITEKNIK PREMIER
:
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)
ALAMAT
:
JABATAN PENDAFTAR 
BAHAGIAN PENTADBIRAN AKADEMIK
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
KARUNG BERKUNCI 36, PENGKALAN CHEPA
16100
 KOTA BHARU
KELANTAN
NO. TELEFON
:
Talian 1 : +6 09-7797000
Talian 2 : +6 09-7797144
Talian 3 : +6 09-7797150
Talian 4 : +6 -
NO. FAKS
:
+6 097717032
E-MEL
:
akademik@umk.edu.my
LAMAN WEB
:
http://www.umk.edu.my

PENGENALAN                                                                                                                                            
Latar belakang dan Penubuhan

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah  diumumkan penubuhannya semasa pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 31 Mac 2006. Ia kemudiannya diluluskan penubuhan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Jun 2006 dan diperbadankan pada 1 September 2006 sebagai Universiti Awam yang kesembilanbelas ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia.  

Teras utama pengajian di UMK adalah keusahawanan dan perniagaan, sains sumber asli, teknologi kreatif dan warisan, perubatan veterinar, nilai-nilai murni dan kemahiran insaniah serta kemahiran bahasa asing. Sehubungan dengan teras tersebut, Visi dan Misi UMK adalah seperti berikut:-

VISI

Peneraju pembangunan modal insan bercirikan keusahawanan bagi kesejahteraan global.         

MISI

UMK menyediakan:

  1. Program Akademik berkualiti dan relevan
  2. Penyelidikan dan inovasi dengan nilai komersial tinggi
  3. Perkhidmatan yang memenuhi tanggungjawab sosial

yang mampu meningkatkan daya saing dalam keusahawanan.

UMK sentiasa mengutamakan keperluan pelanggan dan memenuhi kehendak pasaran dengan menyediakan persekitaran yang kondusif; dan

Warga UMK berpengetahuan, berkemahiran dan komited mengamalkan budaya kerja profesional, mengurus secara partisipatif serta melaksanakan penambahbaikan berterusan.

OBJEKTIF

Objektif Universiti adalah:-

  1. Menyediakan kursus pengajian dan latihan dengan memberi penekanan kepada penghayatan ciri-ciri keusahawanan dan pembangunan insaniah merentasi kurikulum;
  2. Membangun modal insan berkualiti yang menyumbang dengan efektif kepada pembangunan negara dan dimanfaatkan oleh masyarakat;
  3. Membangun keupayaan staf dalam aspek pembelajaran sepanjang hayat (PSH), kepimpinan dan pengurusan;
  4. Membangun kapasiti dan keupayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi meningkatkan daya saing dalam penjanaan kekayaan negara;
  5. Menyediakan infrastruktur dan sokongan yang kondusif sebagai asas kepada pembangunan Universiti bertaraf dunia;
  6. Melaksanakan aktiviti pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER);
  7. Mengamalkan pengurusan kewangan yang efektif dan berintegriti tinggi.

UMK mula beroperasi pada sesi 2007/2008 di Kampus Sementaranya di Institut Perguruan Kota Bharu dan Taman Bendahara di Pengkalan Chepa, Kelantan. Semua pelajar akan ditempatkan di Kolej Penginapan Taman Bendahara, Pengkalan Chepa.

Terdapat  empat buah Fakulti dan sebuah Pusat Pengajian beroperasi di UMK iaitu :

  1. Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan
  2. Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli
  3. Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
  4. Fakulti Perubatan Veterinar
  5. Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah.

Prospek Masa Hadapan

UMK akan menjadi sebuah universiti yang terkehadapan dalam pembangunan modal insan melalui penerapan nilai-nilai keusahawanan , kemahiran bahasa antarabangsa dan ICT.

 

PROGRAM YANG DITAWARKAN

Untuk  kemasukan sesi 2011/2012, UMK akan menawarkan LAPANBELAS (18) program Pengajian Peringkat Ijazah Pertama iaitu seperti berikut :

            
1.         Fakulti Keusahawawan dan Perniagaan

  1. Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) dengan Kepujian
  2. Sarjana Muda Keusahawanan (Pelancongan) dengan Kepujian
  3. Sarjana Muda Keusahawanan (Hospitaliti) dengan Kepujian
  4. Sarjana Muda keusahawanan (Keusahawanan Kesihatan) dengan Kepujian
  5. Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik & Perniagaan Pengedaran) dengan Kepujian 
  6. Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) dengan Kepujian 
  7. Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam) dengan Kepujian

          
2.         Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli

  1. Sarjana Muda Sains Gunaan (Keusahawanan Teknologi Pertanian) dengan Kepujian
  2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bioindustri) dengan Kepujian
  3. Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Peternakan) dengan Kepujian
  4. Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Sumber Asli) dengan Kepujian
  5. Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Kelestarian) dengan Kepujian
  6. Sarjana Muda Sains Gunaan (Geosains) dengan Kepujian
  7. Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Pembangunan Produk) dengan Kepujian
  8. Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Bahan) dengan Kepujian 

3.         Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan

  1. Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian
  2. Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian

4.         Fakulti Perubatan Veterinar

    1.   Sarjana Muda Perubatan Veterinar

Kenapa anda harus memilih UMK ?

  1. UMK merupakan antara Universiti yang ditubuhkan diawal Rancangan Malaysia Kesembilan yang sangat menekankan kepada pembangunan modal insan yang berkualiti.
  2. Program pengajian di UMK digubal selaras dengan keperluan Jaminan Kualiti yang membolehkan ia diiktiraf di peringkat antarabangsa.
  3. Selain dari ilmu akademik, graduan keluaran UMK akan mempunyai kemahiran lain antaranya kemahiran dalam bahasa-bahasa antarabangsa, kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran ICT dan kemahiran memimpin.

Semua graduan keluaran UMK akan mempunyai kemahiran keusahawanan dan perniagaan sebagai nilai tambah kepada bidang pengajian yang diikuti

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Jabatan Pendaftar 
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Malaysia Kelantan
Karung Berkunci 36, Pengkalan Chepa
16100 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7717058/7056/7061/7048
Faks : 09-7717032
E-mel : akademik@umk.edu.my 
Laman Web : www.umk.edu.my

Comments