UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)

NAMA PENUH IPTA / POLITEKNIK PREMIER
:
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)
ALAMAT
:
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK DAN
KEMASUKAN
UNIVERSITI ISALAM ANTARABANGSA
JALAN GOMBAK
53100
 KUALA LUMPUR
W.P. KUALA LUMPUR
NO. TELEFON
:
Talian 1 : +6 03-61964000
Talian 2 : +6 03-61964040
Talian 3 : +6 03-61964047
Talian 4 : +6 03-61964048
NO. FAKS
:
+6 0361964724
E-MEL
:
admissions@iium.edu.my
LAMAN WEB
:
http://www.iium.edu.my



PENGENALAN

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menawarkan pelbagai peluang unik kepada pelajar untuk kecemerlangan akademik serta perkembangan kerjaya dan individu. Universiti ini komited terhadap pendekatan yang menyeluruh dan komprehensif dalam menawarkan program-program pendidikan tinggi dan menganggap menimba ilmu itu sebagai satu ibadah. Dengan menggabungkan sumber ilmu wahyu ke dalam kurikulum sains dan sastera, UIAM dapat menyumbang kepada tradisi keintelektualan dan juga peningkatan jatidiri di dalam masyarakat.

UIAM menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di dalam program pengajian serta di dalam operasi hariannya manakala Bahasa Arab pula digunakan di dalam program Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Sains Kemanusiaan (Kesusasteraan Bahasa Arab) dan Undang-Undang (Shari'ah). Penggunaan dua bahasa ini menggambarkan salah satu daripada misi universiti iaitu keantarabangsaan.

FALSAFAH,  MISI DAN VISI UNIVERSITI 
Falsafah UIAM telah diilhamkan dari saranan yang dibuat di Konvensyen Pendidikan Muslim Sedunia yang pertama di Makkah dalam tahun 1398H (1977) berdasarkan kepada ayat al-Qur'an, khususnya ayat 1-5 dari surah Al-'Alaq, di mana ilmu pengetahuan hendaklah disebarkan dalam semangat Tauhid yang membawa kepada pengakuan bahawa Allah itu Esa, Pencipta dan Tuhan sekalian alam. Kesemua cabang ilmu pengetahuan hendaklah menuju ke arah pengabdian kepada kebenaran, ini kerana ilmu itu amanah dari Allah kepada manusia dan manusia hendaklah mempergunakannya sepertimana yang dikehendakiNya dalam menjalankan tugas sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini. Dengan cara ini, menuntut ilmu itu dianggap sebagai ibadah.


UIAM meletakkan visinya sebagai pusat kecemerlangan pendidikan antarabangsa dalam penyepaduan ilmu pengetahuan Islam di dalam semua disiplin dan mengembalikan peranan umat Islam dalam semua cabang ilmu pengetahuan. Visi ini diusahakan menerusi empat (4) aspek penekanan melalui misi universiti iaitu Integrasi, Islamisasi, Keantarabangsaan dan Kecemerlangan Menyeluruh.

MAKLUMAT PENTING

1.         UJIAN BAHASA INGGERIS

Semua pelajar yang menerima tawaran kemasukan ke UIAM di wajibkan menduduki ujian Penempatan Bahasa Inggeris (English Placement Test, (EPT)) yang di anjurkan oleh Universiti ini. Pelajar-pelajar yang akan mengikuti program di mana bahasa pengantarnya adalah Bahasa Inggeris perlu mencapai tahap minima kecekapan bahasa Inggeris untuk melayakkan beliau memasuki tahun pertama pengajian.

Jikalau pelajar berkenaan tidak mencapai tahap minima kecekapan bahasa Inggeris yang telah ditetapkan untuk kemasukan ke tahun pertama pengajian, mereka dikehendaki mengikuti program Pra-Sessi (Pre-Sessional), iaitu kursus intensif Bahasa Inggeris, yang dianjurkan oleh pihak Universiti sekurang-kurangnya satu semester tertakluk kepada pencapaian mereka di dalam Ujian Penempatan Bahasa Inggeris tersebut.  Para pelajar akan diterima masuk ke tahun pertama pengajian setelah mencapai tahap minima kecekapan bahasa yang telah ditetapkan oleh Universiti.  Jangkamasa maksima program ini adalah dua (2) tahun.

Walaubagaimanapun,  terdapat kategori pelajar yang tidak perlu menduduki Ujian Penempatan Bahasa Inggeris dan akan terus diterima masuk ke tahun pertama pengajian sekiranya mereka memperolehi sekurang-kurangnya 550 mata di dalam TOEFL (Test of English as a Foreign Language) atau lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

PROGRAM

BAHASA PENGANTAR

TAHAP MINIMA KECEKAPAN BAHASA INGGERIS

PENCERAPAN

PERCAKAPAN

PEMBACAAN

PENULISAN

Ijazah Sarjana Muda

Undang-Undang (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda

Ekonomi (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda

Perakaunan (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda

Pentadbiran Perniagaan (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu

dan Warisan Islam (Pengajian Qur’an dan Sunnah) (Kepujian)

Bahasa

Arab

5.5

5.5

5.5

5.5

Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu

dan Warisan Islam (Fikah dan Usul Fikah) (Kepujian)

Bahasa

Arab

5.5

5.5

5.5

5.5

Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu

dan Warisan Islam (Usuluddin dan Perbandingan Agama) (Kepujian)

Bahasa

Arab

5.5

5.5

5.5

5.5

Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Komunikasi)

(Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Sains Politik) (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Sejarah dan Ketamadunan) (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Sosiologi dan Antropologi) (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Psikologi) (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris) (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Bahasa dan Kesusasteraan Arab) (Kepujian)

Bahasa

Arab

5.5

5.5

5.5

5.5

Ijazah Sarjana Muda

Sains Komputer (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Maklumat (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda Sains

(Pengajian Seni Bina) (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda

Seni Bina (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda

Seni Bina Lanskap (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda

Ukur Bahan (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan

dan Seni Reka (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda

Kejuruteraan (Bahan) (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda

Kejuruteraan (Pembuatan) (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Aeroangkasa) (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekatronik) (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi) (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Komputer dan Maklumat) (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda

Kejuruteraan (Otomotif) (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda

Bioteknologi (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda Sains BioPerubatan (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda

Bioteknologi (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda

Sains Matematik (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda

Audiologi (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda

Optometri (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda

Dietetik (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda Radiografi dan Pengimejan Diagnostik (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda

Kejururawatan (Kepujian)

Bahasa Inggeris

6

6

6

6

UJIAN BAHASA ARAB

Semua pelajar yang ditawarkan tempat pengajian ke UIAM diwajibkan menduduki Ujian Penempatan Bahasa Arab (Arabic Placement Test) yang dianjurkan oleh Universiti ini.  Pelajar-pelajar yang akan mengikuti program di mana bahasa pengantarnya adalah Bahasa Arab perlu mencapai tahap minima kecekapan bahasa Arab untuk melayakkan beliau memasuki tahun pertama pengajian. Sekiranya pelajar berkenaan tidak mencapai tahap minima kecekapan bahasa Arab yang telah ditetapkan,  mereka dikehendaki mengikuti program Pra-Sessi (Pre-Sessional),  iaitu kursus intensif Bahasa Arab,  yang dianjurkan oleh pihak Universiti sekurang-kurangnya satu semester tertakluk kepada pencapaian mereka di dalam Ujian Penempatan Bahasa Arab tersebut.  Para Pelajar hanya akan diterima masuk ke tahun pertama pengajian setelah mencapai tahap minima kecekapan bahasa Arab yang telah ditetapkan oleh Universiti.  Jangkamasa maksima program ini adalah dua (2) tahun.

Para pelajar yang mengikuti program di mana bahasa pengantarnya adalah bahasa Inggeris, perlu memenuhi keperluan Bahasa Arab sebelum bergraduat.

PROGRAM

BAHASA PENGANTAR

TAHAP MINIMA KECEKAPAN BAHASA ARAB

PENCERAPAN

PERCAKAPAN

PEMBACAAN

PENULISAN

Ijazah Sarjana Muda

Undang-Undang (Shari’ah)(Kepujian)

Bahasa

 Arab

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Pengajian Qur’an dan Sunnah) (Kepujian)

Bahasa

Arab

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Fikah dan Usul Fikah) (Kepujian)

Bahasa

Arab

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Usuluddin dan Perbandingan Agama) (Kepujian)

Bahasa

Arab

6

6

6

6

Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Bahasa dan Kesusasteraan Arab) (Kepujian)

Bahasa

Arab

6

6

6

6

KAMPUS UIAM

Kampus induk UIAM terletak di tapak seluas 288 hektar di Gombak, dan perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira 20 minit. Rekabentuk bangunan kampus UIAM mempunyai ciri-ciri istimewa berasaskan senibina Islam, yang menggabungkan senibina moden dengan nilai-nilai estetika Islam yang indah. la dilengkapi dengan perpustakaan yang mengandungi pelbagai koleksi dan bahan rujukan, masjid yang tersergam indah, pusat perubatan 24 jam, kafeteria, pejabat pos, kemudahan komunikasi, makmal komputer, kemudahan perbankan, serta kompleks sukan yang dilengkapi dengan stadium dan kolam renang yang bersaiz olimpik. Kampus UIAM di Kuantan, Pahang Darul Makmur terletak di tapak seluas 600 hektar dan menempatkan Kulliyyah Perubatan, Kulliyyah Farmasi,  Kulliyyah Sains, Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu, Kulliyyah Pergigian dan Kulliyyah Kejururawatan. Sementara Pusat Asasi UIAM terletak di Petaling Jaya, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan.

KEMUDAHAN PENGINAPAN

Kolej kediaman di dalam kampus dipanggil Mahallah. Mahallah bukan sahaja menyediakan bilik kediaman untuk pelajar, ianya juga dijadikan tempat untuk meningkatkan daya intelektual, fizikal dan spiritual. Penempatan pelajar ke dalam bilik kediaman adalah berdasarkan konsep integrasi dan pengantarabangsaan. Setiap mahallah dilengkapi dengan kemudahan penting seperti kemudahan aktiviti ko-kurikular, padang permainan, kedai serbanika, siber kafe, kemudahan 'wireless' dan kafeteria. Pelajar peringkat ijazah pertama akan diberi keutamaan untuk tinggal di kolej kediaman di dalam kampus.

KOMUNITI UIAM 
UIAM membuka ruang yang luas kepada pelajar dari seluruh dunia untuk menimba ilmu di Universiti ini. Terdapat seramai 19,000 pelajar UIAM yang berasal dari lebih 110 buah negara yang mempunyai latar belakang, cara hidup dan budaya yang berbeza. Keadaan ini memberi peluang kepada mereka untuk saling berinteraksi dan berkongsi idea dan pengalaman sesama mereka. Kepelbagaian bangsa dan budaya ini melahirkan suasana pembelajaran yang menarik berasaskan jalinan ukhuwwah dan keimanan. Tenaga pengajar UIAM memiliki kepakaran dan kelayakan dari universiti-universiti yang berprestij di serata dunia dan 30 peratus daripada mereka berasal dari 32 buah negara.

PROGRAM DAN TEMPOH PENGAJIAN

UIAM  menawarkan empat(4) peringkat pengajian iaitu Peringkat Asasi, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah seperti  berikut:

PERINGKAT

TEMPOH PENGAJIAN

MOD PENGAJIAN

Asasi

1 hingga 2 tahun

Sepenuh Masa

Sarjana Muda

4 tahun

(tempoh pengajian boleh dipendekkan sekiranya pelajar mendaftar di dalam Semester 3;  atau  mengambil lebih jam kredit di dalam Semester   1 dan 2 (tertakluk kepada pencapaian PNGK).

Sepenuh Masa

Sarjana

2 hingga 4 tahun

(bergantung kepada mod pengajian)

Sepenuh  / Separuh Masa

Doktor Falsafah

Min 3 tahun

(bergantung kepada mod pengajian)

Sepenuh / Separuh Masa


SISTEM PENGAJIAN

UIAM mengamalkan sistem pengajian yang dinamakan Sistem Jam Kredit.  Terdapat tiga (3) semester di dalam satu tahun akademik yang bermula dari bulan Julai dan berakhir pada bulan Jun  tahun berikutnya.    Untuk semester 1 (wajib) dan Semester 2 (wajib), pelajar akan menghadiri kuliah selama  14 minggu  sementara bagi Semester 3 (pilihan), kuliah hanya diadakan selama 7 minggu sahaja.


PROGRAM PENGAJIAN

UIAM menawarkan 46 program Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian seperti berikut:

KULLIYYAH

UPU-KOD

NAMA PROGRAM

1. ) Kulliyyah Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Sains Kemanusiaan

YA02

Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Komunikasi)

YA09

Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Sains Politik)

YA10

Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Sejarah dan Tamadun)

YA14

Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Sosiologi dan Antropologi)

YA16

Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Psikologi)

YB00

Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Bahasa dan  Kesusasteraan Inggeris)

YB05

Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Bahasa dan Kesusasteraan Arab)

YI05

Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Qur'an dan Sunnah)

YI08

Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Fikah dan Usul Fikah)

YI09

Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Usuluddin dan Perbandingan Agama)

2. ) Kulliyyah Teknologi Maklumat dan Komunikasi

YC00

Sarjana Muda Sains Komputer

YC01

Sarjana Muda Teknologi Maklumat

3. ) Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan

YE00

Sarjana Muda Ekonomi

YE02

Sarjana Muda Perakaunan

YE26

Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan

4. ) Kulliyyah Sains

YG07

Sarjana Muda Sains Bioteknologi

YC22

Sarjana Muda Sains Matematik

YM02 

Sarjana Muda Sains Bioperubatan

5. ) Kulliyyah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar

YH00

Sarjana Muda Seni Bina

YH02

Sarjana Muda Seni Bina Landskap

YH03

Sarjana Muda Sains (Pengajian Senibina)

YH04

Sarjana Muda Perancangan Bandar & Wilayah

YH06

Sarjana Muda Ukur Bahan

YH15

Sarjana Muda Seni Gunaan dan Seni Reka Bentuk

6. ) Kulliyyah Kejuruteraan

YK12

Sarjana Muda Kejuruteraan (Bahan)

YK13

Sarjana Muda Kejuruteraan (Pembuatan)

YK15

Sarjana Muda Kejuruteraan (Aeroangkasa)

YK20

Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektronik-Komputer dan Maklumat)

YK24

Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekatronik)

YK25

Sarjana Muda Kejuruteraan (Komunikasi)

YK40

Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal-Automatif)

YK48

Sarjana Muda Kejuruteraan (Biokimia-Bioteknologi)

7. ) Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim

YL00

Sarjana Muda Undang-Undang

YL03

Sarjana Muda Undang-undang (Shari'ah)

8. ) Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu

YM13

Sarjana Muda Radiografi dan Pengimejan Diagnostik

YM04

Sarjana Muda Optometri

YM05

Sarjana Muda Dietetik

YM07

Sarjana Muda Audiologi

9. ) Kulliyyah Kejururawatan

YM12

Sarjana Muda Kejururawatan

10. ) Institut Pendidikan

YT04

Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)

YT06

Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua)

YT35 **

Sarjana Muda Pendidikan Islam

YT49 **

Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua)

11. ) Kulliyah Perubatan

*

Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda  Pembedahan

12. ) Kulliyyah Pergigian

*

Sarjana Muda Sains Pergigian

13. ) Kulliyyah Farmasi

*

Sarjana Muda Farmasi

Nota :( * )hanya ditawarkan kepada pelajar peringkat Asasi UIAM sahaja.
          ( ** )tidak ditawarkan pada Sesi Akademik  2011/2012



UIAM SEBAGAI IPTA PILIHAN

UIAM adalah universiti pilihan pelbagai peringkat pelajar memandangkan ia menawarkan banyak keistimewaan dan kelainan berbanding IPTA yang lain, antaranya :   

  • Integrasi ilmu dalam semua bidang
  • Penggunaan silibus antarabangsa
  • Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
  • Penggunaan Bahasa Arab sebagai bahasa kedua
  • Tenaga pengajar yang berkaliber (Tempatan & Luar Negeri) –Phd/Dr & Professor
  • Percampuran pelajar dari pelbagai bangsa dari lebih 110 negara seluruh dunia
  • Suasana pembelajaran dan kehidupan kampus secara  Islam
  • Kemudahan pembelajaran yang lengkap dan terkini
  • Program Halaqah/Fardhu Ain/Tilawah Al-Quran untuk  pembangunan sahsiah dan peribadi

 

ALAMAT SURAT MENYURAT

Bahagian Kemasukan dan Rekod
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
P.O Box 10
50728 Kuala Lumpur 
Malaysia.

Tel: 03 - 6196 4000/3019/4047/4048/4040

Fax: 603-6196 4724
E-Mail: admissions@iium.edu.my 
Laman Web IIUM: www.iium.edu.my

Comments